EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

'Assalamualaikum' - Rileks Je Abah KJ Tegur Perbuatan Biadap Pegawai PPV Yang Viral

1 month ago, 27-Aug-2021

Baru sejam selepas dirinya diumumkan sebagai Menteri Kesihatan dalam Barisan Kabinet yang baharu YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar terus menjadi viral apabila dengan 'secara halus' memberi teguran serta respons berhubung isu video suntikan melibatkan kementeriannya itu.

Khairy yang popular dengan panggilan Abah KJ itu dilihat terus membuat ciapan di Twitter rasminya dengan memuat naik video seorang lelaki yang sedang menerima vaksin dengan ucapan "Assalamualaikum".

Lelaki itu mendakwa dia dihalang membuat rakaman video ketika menerima suntikan vaksin Covid-19.

Pengguna akaun Twitter, @winraffm pada Rabu memuat naik video berdurasi lapan saat yang menunjukkan tangan seorang pegawai bertugas menghalang rakaman berkenaan.

Dakwanya, jururawat yang melakukan suntikan terhadapnya membenarkan dia membuat rakaman video namun seorang pegawai bertindak menutup rakaman tersebut dengan alasan Khairy Jamaluddin telah meletak jawatan.

Assalamualaikum. https://t.co/O9Wk0ke01h

Khairy Jamaluddin ???????????? (@Khairykj) August 27, 2021

"Punya la happening nurse tu layan siap bagi record. Datang seorang pegawai ni tutup camera alasan KJ dah letak jawatan," ciap lelaki itu hingga tular di Twitter.

Ia disifatkan sebagai satu tindakan biadab.

Video tersebut telah ditonton 745,300 tontonan sejak dimuat naik hingga mendapat pelbagai reaksi dari netizen.

Sebelum ini, Khairy Jamaluddin atas kapasitinya sebagai Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) membenarkan rakaman video dibuat susulan timbulnya isu-isu berkaitan suntikan seperti, picagari kosong.

: Sinar Harian



SUMBER : rileklah.com



Live Website Traffic


loading...