EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

ASNAF SEBAGAI CONTENT MENGAIBKAN YAAKUB YUSRA

0 month ago, 25-Nov-2021

KUALA LUMPUR: Tangan yang memberi itu mendapat kredit dan yang menerima itu mendapat malu demikian situasi yang sering kali berlaku kepada golongan asnaf apabila kesusahan mereka dipamer dan maruah mereka dijaja sebagai isi kandungan media sosial oleh sesetengah pihak yang kurang bertanggungjawab.

Meskipun tindakan membantu golongan tersebut satu perkara yang terpuji, namun tidak bererti aib mereka boleh dijaja hingga ada pihak yang mendapat malu.

Pengarah Urusan Murtadha Dakwah Centre (MADAD) Yaakub Yusra Mohd Yusoff dalam satu hantaran di Facebook berkata, dokumentasi serta hebahan sesuatu perkara itu perlu namun biarlah secara sederhana dan tidak mengaibkan mana-mana pihak.

Sekarang ini ramai sangat yang menjadikan asnaf sebagai tempat untuk isi kandungan. Bagi saya memang tidak bertanggungjawab.

Saya yakin orang susah pun tidak mahu diaibkan dan dimalukan. Ya Islam ajar kita tangan memberi lebih baik dari tangan yang menerima tetapi jangan lah yang memberi mendapat kredit yang menerima mendapat malu atau aib. Mereka ada maruah, katanya.

Tegas Yusra sifat memberi itu amat digalakkan namun laksanakan ia dalam keadaan yang tidak mencalarkan imej pihak terlibat.

Nasihat yang dikongsi Yusra menerusi video di Facebook itu kini telah ditonton lebih 170,000 orang di laman sosial terbabit dan turut tular di platform Twitter.

Dalam video sama, beliau turut berkongsi mengenai mesin ATM Beras yang merupakan inisiatif MADAD untuk mudahkan golongan asnaf terima bantuan dan manfaat.

Mesin ATM Beras merupakan salah satu cara yang diambil MADAD untuk menutup rasa malu dan segan asnaf meminta bantuan.

Jelasnya mereka yang memerlukan hanya perlu memohon kad untuk Mesin ATM Beras terbabit dan boleh mendapatkan beras tanpa perlu berjumpa mana-mana pihak.

Maklumat lanjur berkenaan Mesin ATM MADAD boleh layari laman sesawang madadcentre.com.

MADAD merupakan sebuah fasiliti dakwah 24 jam yang lengkap dengan masjid, rumah warga emas, pengurusan jenazah percuma dan pendidikan percuma.

Pembinaan pusat dakwah itu dijangka akan siap sepenuhnya pada 2025.

Untuk mereka yang mahu mengejar saham akhirat dengan bersama-sama menjayakan penubuhan Murtadha Dakwah Centre, boleh salurkan sumbangan ke akaun Maybank 5520 5980 7117 atas nama Murtadha Dakwah Centre, atau boleh klik link http://www.madadcentre.com serta boleh juga hubungi nombor hotline 014-601 9090 atau 014- 601 9494. AlHijrah Online



SUMBER : alhijrahnews.com



Live Website Traffic


loading...