EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Ashraf Muslim Alami Masalah Acromioclavicular Pada Bahu, Kesan Pernah Positif Covid-19

0 month ago, 07-Jun-2021

Pelakon popular Ashraf Muslim mendedahkan dia mendapatkan rawatan pada bahu yang dikenali sebagai acromioclavicular.

Ashraf berkata, masalah tersebut telah dialaminya akibat kesan daripada dirinya yang pernah positif Covid-19 pada tahun lalu.

Hari ni kena buat treatment bahu ni sbb ada masalah acromioclavicular joint injury shoulder and elbow. Sebelum ni kena scapula.. lepas baik scapula kena plak ac joint shoulder nih.. huhuh..Dr Rahmani kata ada pernah kena injured ataupun hentkkan tak sebelum ni sehingga sakit waktu tu.

AM jawablah takde sbb sakitnya datang tiba-tiba jer masa kena covid waktu kuarantin. Dia kata ada dua sebab benda ni terjadi , pertama hentakan yg kuat atau pun disebabkan virus.. kesannya otot kawasan tu mengecut, jelasnya.

Jelas Ashraf, resan utama terhadap masalah yang dihadapinya apabila otot kecut selepas jangkitan virus.

Menurutnya, biarpun pernah aktif bersukan, dengan usianya sekarang menyebabkan virus akan menyerang pada tubuh yang pernah alami kecederaan.

Tp AC joint tu sbg secondary effects saja.. Masalah utama ialah post viral infection muscle wasting (otot kecut selepas jangkitan virus) menyebabkan sendi jadi lapse. So memang jelas kena covid sbb virus ni masuk dalam darah dan benda ni buat kerjalah.

Yang AM perasan, memang AM sorang yg sportsmen banyak sangat sukan involve rugby, hoki, basketball dan injured tu biasalah.. tapi bila dah tua ni, mungkin ada bahagian kat tubuh badan kita pernah injured so virus ni senang buat kerja kat area tu, ujarnya.

Luahnya, dia reda dengan apa yang berlaku dan menganggap ia adalah sebagai peringatan untuk sentiasa menginiati Allah selalu. KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Ashraf Muslim

Apakah reaksi anda?



SUMBER : kopiplanet.com



Live Website Traffic


loading...