EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Aedy Ashraf & Daiyan Trisha, Bicara Tentang Past, Present & Future!

0 month ago, 09-Apr-2021

Aedy Ashraf dan Daiyan Trisha berlapang dada berbicara tentang pengalaman silam, struggle dan insecutiries hari ini juga
perancangan masa depan.
Teks/Arahan Seni/Penata Gaya KHAIRUL ABIDIN, Foto EDMUND LEE (ONE3FOUR STUDIO), Pembantu Penata Gaya/Penyelaras JOHAN KASSIM & RAZIN ABU BAKAR, Solekan KHIR KHALID, Dandan CK LIOW Aksesori BULGARI

Lewat hujung tahun lalu pandangan mata saya selalu disajikan dengan perkongsian visual dari Aedy Ashraf dan Daiyan Trisha di set Projek: Anchor SPM di Instagram. Perkara pertama yang menangkap pandangan adalah set juga prop yang digunakan termasuklah telefon bimbit Nokia, poster-poster penyanyi awal tahun 2000-an dan bermacam-macam lagi. Jarang produksi tempatan khususnya untuk drama TV teliti kepada hal-hal penting sebegini. Projek: Anchor SPM yang sedang bersiaran (baru episod keempat ketika artikel ini ditulis) berjaya mencuri tumpuan hasil karya yang bukan sahaja menarik dari segi penceritaannya malah juga keseluruhan elemen.

Muka depan EH! edisi April ini seakan satu reunion buat kami di EH! bersama Daiyan Trisha dan Aedy Ashraf. Mungkin ramai terlupa mereka berdua pernah kami senaraikan dalam EH! Top 20 pada tahun 2015. Siapa sangka selepas enam tahun berlalu, Aedy dan Daiyan disatukan dalam satu naskhah dan chemsitry keduanya cukup menyakinkan. Inilah yang bakal menjadi on-screen favourite duo.

Aedy Ashraf & Daiyan Trisha, Bicara Tentang Past, Present & Future!
Aedy ashraf dalam persalinan gucci, daiyan trisha dalam gaun manik kayu, bottega veneta. kedua-duanya menggayakan aksesori bulgari b.zero1 collection.

Saya Tidak Pernah Cemburu

Aedy seronok atau happy dengan kehidupan Aedy hari ini? saya membuka bicara dengannya. Ya, Aedy happy dengan kehidupan serta apa yang Aedy ada hari ini. Gembira dan bersyukur. Bagi Aedy penting untuk kita ada rasa syukur.

Aedy Ashraf atau nama penuhnya Mohammed Zaedy Ashraf bin Rosmadibukanlah satu figura asing dalam dunia seni lakon. Sudah mengenali apa itu three two one action seawal usia lapan tahun, darah seninya itu mengalir dari ibunya sendiri, Liza Zain yang juga seorang pelakon. Waktu kecil dahulu saya selalu mengikut ibu ke set, jadi set penggambaran sudah jadi taman permainan saya sejak kecil. Jika ada watak-watak sampingan untuk kanak-kanak, sayalah orangnya. Aedy mula berlakon sejak usianya lapan tahun dan Doa Imran menjadi naskhah pertama yang meletakkannya sebagai pemeran utama. Dari situ banyak drama dan filem dibintanginya termasuklah filem Tentang Bulan yang berjaya meletakkannya sebagai calon akhir untuk kategori Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-20. Biar tewas namun ternyata itu bukan penyebab untuk dia menoktahkan minatnya kepada dunia lakonan. Dari Doa Imran hingga ke Budak Tebing, peminat melihat Aedy membesar di layar kaca dan perak,

Apa yang membuatkan Aedy mahu terus berlakon walaupun apabila sudah melepasi usia kanak-kanak? Niat asalnya mahu membantu keluarga, saya bukanlah datang dari keluarga yang senang. Jadi saya fikir apa salahnya saya gunakan kebolehan dan bakat yang Tuhan bagi untuk membantu keluarga. Lagi satu saya dapat rasakan berlakon ini ada satu kepuasan.

Bagi Aedy dunia lakonan membuka ruang untuk menerokai banyak hal, baik dari segi pembawaan watak yang pelbagai, baginya dunia lakonan juga membuka ruang untuknya lebih banyak belajar. Satu hari nanti saya mahu duduk di kerusi pengarah ataupun mahu jadi penerbit. Itu sasaran saya. Tapi andai kata hasil kerja Aedy sebagai pengarah disambut baik, Aedy tetap tidak akan tinggalkan dunia lakonan kerana itulah cinta saya. Aedy anggap berlakon adalah core dalam diri. Seperti yang Aedy katakan tadi, berlakon ada satisfaction yang tersendiri.

Kepuasan yang bagaimana itu? tebak saya. Pada Aedy berlakon ini adalah satu-satunya kerja yang membuka ruang untuk kita sentuh hati orang. Bila ada yang terkesan, dari situ datangnya kepuasan. Seni ni kan halus, jadi bagi Aedy penting untuk bila kita berlakon kita tinggalkan kesan kepada yang menonton.

kemeja bercorak, dior. cincin, bulgari b.zero1 collection

Bagi saya skil lakonan yang ada pada Aedy sangat bagus, aksinya cemerlang dan saya bercakap bukan kerana niat mahu menjaga hati. Jika tidak masakan dia terusan mendapat tawaran walaupun namanya bukanlah sepopular pelakon lain. Seingat saya, saya mula melihat dan mengenalinya di kaca TV menerusi drama Qalisya, yang mana drama bersiri di Astro itu menemukannya dengan Elfira Loy.

Jika boleh rate sendiri kualiti lakonan Aedy, berapa markahnya? saya mengusik. Aedy tak boleh nak rate atau bagi gred kepada lakonan sendiri. Aedy rasa banyak yang perlu Aedy perbaiki, terlalu banyak yang perlu dipelajari, perjalannnya masih jauh. Dalam hidup sesi pembelajaran takkan pernah habis, setiap hari pun kita belajar. Ada sahaja benda baru.

Dua puluh tahun boleh dikatakan satu tempoh yang agak panjang, dan saya kira bekalan pengalaman Aedy di kancah seni cukup sarat, namun satu yang saya sedar Aedy seakan selesa berada di radar yang sama. Dia tidak mahu menolak dirinya menjadi seorang yang popular, dia bersederhana. Dia seakan tidak mahu bersaing, dia suka duduk diam-diam tanpa sebarang publisiti. Dirinya tidak dilonjak-lonjak seperti sebahagian pelakon lain yang baru setahun jagung sudah dipuja-puja walau usia lakonan baru setahun jagung, biar hanya berbekal satu drama hit. Bila ditanyakan tentang hal ini, Aedy menjawab tenang. Aedy faham apa yang Bids nak sampaikan. Ramai yang cakap hal yang sama. Tapi inilah Aedy, Aedy selesa begini, jika naik tinggi sangat Aedy takut jatuh sakit nanti. Aedy bahagia dan gembira dengan apa yang Aedy capai sekarang.

Lagi satu Aedy rasa bersyukur dengan tawaran yang Aedy terima, naskhah yang datang juga semakin bagus dan Aedy bangga diberi peluang bekerja dengan orang yang bagus. Tidak seperti dulu ada juga beberapa kerja yang tidak membanggakan, ada projek yang Aedy buat tapi Aedy tak suka. Berlakon adalah mata pencarian, ini kerjaya Aedy. Aedy selesa untuk low key, tidak ke majlis-majlis anugerah, tidak berapa suka buat shoot di media tapi Aedy akan terus berlakon selagi ada yang sudi menawarkan.

Satu topik yang sedang hangat diperkatakan di gelanggang seni lakonan adalah isu tentang tawaran berlakon yang semakin luas diberikan kepada kelompok individu masyhur di media social. Berbekalkan pengikut ratusan ribu, sebahagian mereka sudah mendapat tawaran dari penerbit dan stesen televisyen. Situasi ini mengundang pelbagai pandangan daripada warga senior dunia lakonan termasuk Aedy saat saya mengajukan perkara ini. Aedy percaya pada rezeki dan Aedy anggap ini adalah rezeki mereka untuk berlakon. Tapi apa yang orang marah ialah bila mereka tidak buat apa yang mereka patut buat. Kalau dah tahu nak berlakon, pergi belajar. Ada banyak kelas lakonan, pergilah berguru dengan orang lebih lama atau dengan cikgu-cikgu seni. Saya sendiri masih lagi belajar kerana bagi Aedy belajar itu penting untuk bawa kita ke peringkat yang lebih tinggi.

Sebagai pelakon kita mesti cari peluang untuk perbaiki kualiti kerja kita. Ada sebahagian pelakon baru yang ambil inisiatif dan ada juga sebahagiannya tak tahu pun keperluan ini. Sebagai pelakon senior Aedy rasa kita perlu beritahu mereka, jadikan diri sebagai pembimbing supaya tak adalah orang kata pelakon Malaysia ni kayu. Aedy sendiri sakit telingan bila orang kata begitu. Menurut Aedy dia ada pernah menimba ilmu lakonan bersama Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy) dan beberapa guru seni dari ASWARA. Banyak yang perlu Aedy perbaiki, lontaran dialog, permainan ruang, pergerakan fizikal, bahasa tubuh termasuk reaksi wajah, itu semua perlu saya perbaiki. Benda-benda inilah yang kita boleh faham dan perbaiki bila ke kelas lakonan, tambahnya yang baru sahaja melangsaikan siri Budak Tebing 2.

Aedy Ashraf & Daiyan Trisha, Bicara Tentang Past, Present & Future!
Celana denim, Gucci. Aedy menggayakan aksesori bulgari b.zero1 collection dan di pergelangan tangannya berhias jam tangan octo finissimo automatic watch. terlihat di dalam foto, sepatu bottega veneta dan celana denim celine.

Saya Perahsia

Aedy ada insecurities? Eh mestilah ada, pantas jawabnya. Apa? saya menyoal lagi. Aedy tak berapa pandai untuk buat PR, bergaul dengan orang yang baru Aedy jumpa. Itu kekurangan Aedy. Mungkin kerana Aedy seorang yang pendiam.

Pernah cemburu dengan kejayaan orang lain? Aedy tak pernah ada rasa cemburu, dan ini mungkin kerana Aedy selesa berada dengan fasa kerjaya Aedy sekarang. Saya sentiasa sokong teman-teman pelakon lain. Saya tidak pernah anggap orang lain sebagai pesaing. Ada juga pelakon lain yang anggap Aedy rival tapi Aedy selalu ingatkan mereka tak boleh anggap Aedy sebagai pesaing kerana Aedy sudah berlakon lama, Aedy bukan competitor. Mereka buat kerja mereka, Aedy buat kerja Aedy. Lagi satu Aedy tidak suka orang membandingkan diri dengan orang lain.

Tapi cemburu itu ada untuk kita kerja lebih kuat, untuk menolak kita lebih ke hadapan, saya bergurau. Terpulanglah kepada seseorang itu, jika cemburu atau mebandingkan diri boleh merangsang mereka bekerja dengan lebih kuat dan buat mereka ada sasaran, Aedy tiada masalah. Aedy suka dengan orang yang matlamat dalam kerjaya mereka. Tapi dalam masa yang sama Aedy fikir ada eloknya juga kita membuat kerja dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa, jelasnya yang bakal kembali ke set penggambaran Mei nanti untuk sebuah siri premium yang diarahkan oleh dua pengarah hebat berjudul Kuasa.

Tapi dalam masa yang sama Aedy fikir ada eloknya juga kita membuat kerja dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa,

Apabila ditebak dengan pertanyaan perancangan kerjayanya di masa akan datang, Aedy mahu merealisasikan impiannya untuk duduk di kerusi pengarah. Ujar Aedy berikan dia masa lima tahun lagi. Hasratnya menarik, dia mahu mengarah kembali filem ikonik lakonannya, Tentang Bulan. Aedy mahu remake Tentang Bulan, sesuaikannya dengan era sekarang. Filem itu sangat dekat di hati Aedy.

Apa lagi projek yang Aedy suka secara peribadi. Ada banyak, selain Tentang Bulan, Projek: Anchor SPM juga istimewa. Team dan semua cast bagikan satu keluarga. Chemistry sangat kuat, bukan dengan pelakon saja tapi dengan pasukan produksi. Tambah Aedy lagi untuk membina hubungan kimia yang baik dengan pelakon lain, dia selesa untuk berbual-bual di luar set. Itu salah satu cara untuk dia mencipta atmosfera yang lebih panas di set penggambaran.

Okey soalan akhir, Bids mengenali Aedy secara dasar sahaja, sekadar memerhati di media sosial dan sesekali berbual di studio jika ada penggambaran. Kalau orang tanya Aedy Ashraf ni orangnya bagaimana, apa Aedy mahu jawab? Aedy Ashraf orangnya introvert. Tidak banyak cakap lebih selesa diam. Tapi andai kata berada di dalam kelompok yang selesa, Aedy akan jadi orang yang paling kuat gelak. Aedy seorang perahsia? Ya, saya memang seorang yang suka berahsia.

Aedy Ashraf & Daiyan Trisha, Bicara Tentang Past, Present & Future!
Aedy menyarung kemeja-t dan jaket ermengildo zegna, dan daiyan dibaluti kemeja, jaket dan denim, semuanya dari celine. akseosri dari bulgari b.zero1 collection.

Kami Punya Frequency Yang Sama

Daiyan Trisha satu figura yang saya fikir berjaya menjenamakan dirinya. Muzik yang dibawa punya pengikut sendiri, begitu juga naskhahnya dalam lakonan dan terkini dia rancak menerokai dunia pengacaraan. Bersama Alif Satar, mereka digandingkan untuk mengemudi Muzik-Muzik, satu program hiburan paling lama bertahan di TV3.

Saya tak pernah menetapkan tahun ini sebagai tahun untuk saya menumpukan kepada dunia pengacraan. Saya mahu melakukan semuanya, tak pernah membahagikan waktu tertentu sahaja antara tiga cabang seni yang saya tunjangi sekarang. Saya mahu menyanyi, menulis lagu, berlakon dan kebetulan datang pula peluang mengacara.

Menurut Daiyan, sebelum ini sudah beberapa kali tawaran mengacara datang singgah namun pelawaan itu tidak disambutnya atas beberapa alasan. Waktu itu dia berhasrat mahu fokus kepada nyanyian dan lakonan sahaja, bimbang tak terbuat. Namun tahun lalu peluang mengacara Renovate, sebuah program hiasan dalaman telah membuka hati Daiyan untuk mencungkil sendiri bakat pengacaran yang ada dalam dirinya. Salah satu sebab saya terima tawaran itu kerana saya memang sukakan interior dan orang nampak hal itu sebab saya suka menghias rumah saya sendiri. Alhamdulillah tahun ini dapat pula tawaran mengacara Muzik-Muzik.

Pada awalnya saya tidak mahu tapi Muzik-Muzik adalah program yang sangat besar untuk saya katakan tidak. Tambahan bila memikirkan akan digandingkan dengan Alif Satar, saya rasa ini adalah satu peluang yang bagus untuk saya cuba. Alif juga penyanyi dan pelakon, jika orang fikir andai saya mengacara Muzik-Muzik saya mungkin menyekat peluang saya ke pentas AJL, hal itu juga akan ditanyakan kepada Alif. Sebagai penyanyi dan komposer pastinya saya mahu karya saya membolosi pentas AJL suatu hari nanti, siapa tak nak?

Tidak takut dibandingkan? tanya saya. Orang tahu saya sentiasa positif, memang ada orang cakap nak Sherry. Kenapa tukar?, dan saya tak melihat itu sebagai satu perbandingan. Tapi, saya tahu pasti ada sebab mengapa mereka memilih saya. Kak Sherry memang pengacara yang bagus, kita tak boleh nafikan, tapi mungkin ada perancangan lain Muzik-Muzik, mereka mungkin mahu bawa kelainan dan kelainan itu mungkin yang cuba dibawa menerusi pemilihan saya dan Alif. Saya juga penyanyi dan komposer jadi saya rasa rancangan ini sesuatu yang dekat dengan saya. Saya juga melihat ia satu peluang untuk saya mengembangkan karier saya. Saya tak rasa orang akan compare saya dengan pengacara yang dulu tapi mungkin orang akan bandingkan saya dengan Alif. Tapi saya rasa kami punya frequency yang sama dan banyak yang boleh saya belajar dari dia.

Bila disoal tentang apa yang dia lakukan untuk menjadi seorang hos yang berkaliber, balas Daiyan dia perlu tahu untuk mengisi momen-momen ketika.tiada orang bercakap.Benda itu perlukan skil dan kebolehan yang akan dikembangkan berdasarkan pengalaman, Kita perlu isi momen itu dengan sesuatu yang bermanfaat agar tidak berasa janggal. Setakat ini saya baru mengacara tiga episod jadi saya melihat banyak lagi ruang dan peluang untuk saya belajar. Untuk sebuah program yang sering ada tetamu jemputan, saya perlu lakukan research, tahu serba sedikit tentang perkembangan dan latar belakang sesiapa yang datang.

Aedy Ashraf & Daiyan Trisha, Bicara Tentang Past, Present & Future!
daiyan trisya menyarung celana denim celine dan aksesori bulgari b.zero1 collection. rantai, cincin dan gelang semuanya emas 18 karat. terlihat di dalam gambar denim dan loafer, gucci.

Saya mengajak pelantun Stargazing ini berbicara tentang muzik, dan tahun lalu Daiyan melancarkan On My Way, sebuah lagu berbahasa Malaysia dan saya rasa lagu itu menerima respon yang cukup baik. Biarpun lebih sinonim menulis dan menyanyikan lagu Inggeris, saya fikir naskhahnya dalam bahasa kita ada penggemarnya sendiri. Sebagai seorang yang menyanyikan dua bahasa saya rasa saya akan teruskan begini. Setiap lagu itu ada pasarannya. Jika di Malaysia memang lagu bahasa Melayu saya lebih dikenali tapi di luar, lagu Inggeris saya diterima lebih baik. Mengapa saya harus fokus satu bahasa sahaja jika saya boleh memasarkan kedua-duanya.

Adele menghasilkan magis untuk album 21 dan waktu itu dia sedang lemah longlai menanggung duka putus cinta. Paul Klein juga hasilkan magis dalam Malibu Night selepas patah hati dengan Dua Lipa, Begitu juga dengan Mariah Carey, keputusannya bercerai telah membuka jalan untuk dia menghasilkan album masterpiece Butterfly, satu luahan tentang kebebasan. Betul ke orang kata penulis lagu akan hasilkan magis ketika mereka breakdown? tanya saya. Its true. Memang betul, bila kita menulis sepenuh hati dan seikhlasnya dan kita sendiri rasa dengan hasilnya, benda tu akan menjadi. Tidak kisahlah apa kerja, kalau buat dengan sepenuh rasa memang jadi. Andai kata ia tak hit sekalipun, kita sendiri tahu lagu itu ada kisah disebaliknya. Tapi ada masanya kita tak mahu menulis berdasarkan perasaan kita, sebagai penulis kita hanya perlu buat orang percaya apa yang kita tulis.

Tambah Daiyan lagi setakat ini hanya separuh sahaja karyanya ditulis berdasarkan emosinya. Ada lagu-lagu yang saya tulis bersama dengan orang lain, dan kita tulis di dalam studio. Sebagai penulis ada masanya kita tak mahu cerita atau curahkan apa yang kita rasa, kita simpan sendiri. Dan ada masanya seronok juga dapat co-write kerana kita boleh belajar dan mendengar cerita serta pengalaman orang lain.

Artikel Berkaitan: Daiyan Trisha, The Queen of Aesthetics

Saya suka menulis kerana ia memberi ruang untuk saya bernafas lebih-lebih lagi sewaktu saya sedih. Saya orang yang suka berfikir, overthinker, jadi bila saya sedih atau breakdown menulis itu adalah ruang untuk saya luahkan apa yang saya rasa. Saya suka fikir tentang orang, kenapa orang begini, mengapa orang begitu, luahnya yang rajin berkongsi kata-kata di akaun @tulisanbydaiyantrisha yang mana dia menganggap itu adalah ruang dia berkongsi daily wisdom dengan pengikutnya.

I Am My Own Big Critic

Daiyan Google nama sendiri tak? Ada masanya ya sebab saya nak tahu apa feedback orang tentang muzik dan lakonan saya. Tapi ada satu tahun itu saya tak Google langsung nama sendiri sebab saya stres. Jika you masih ingat waktu kontroversi lagu Langit, orang tuduh saya gunakan isu nak kahwin sebagai gimik walhal memang lagu itu saya buat untuk dijadikan lagu wedding. Saya tak faham mengapa orang marah dan boleh maki saya sedangkan saya tak hurt sesiapa. Sebagai seorang yang bergerak sendiri tanpa bantuan pengurus saya rasa sakit sangat berhadapan dengan situasi itu. Setahun saya tak Google nama sendiri. I feel so negative pada waktu itu.

Jika yang menonton Projek: Anchor SPM pasti setuju jika saya kata chemistry lima teraju utamanya cukup menjadi. Dan saya percaya apa semua kerja yang melibatkan orang lain, chemistry itu penting untuk menghasilkan sesuatu yang bagus. Aedy Ashraf, Chubb-E, Nadhir Nasar dan Sasha Abedul dilihat serasi bersama Daiyan, dan ini bukanlah selalu kita nampak khususnya bagi sekelompok yang baru bekerjasama.

Chemistry adalah sesuatu yang tak boleh dibuat-buat. Bila dah bekerja baru kita faham. Dan sebab itu jugalah mengapa saya agak memilih kerana ada masanya kita sendiri boleh agak akan ada chemistry atau tidak. Saya tak boleh berpura-pura atau memaksa diri kerana akhirnya saya sendiri yang akan stres mencari keserasian. Bila tawaran datang saya mahu tahu dengan siapa saya bekerja supaya saya boleh sediakan diri kerana ia sedikit sebanyak akan mempengaruhi kualiti kerja saya. Bila saya sudah sedia, tubuh dan minda akan lebih terbuka, welcoming dengan orang yang bekerja dengan saya. Chemistry akan ada bila kita tidak meletakkan sebarang dinding antara kita dengan orang lain. Seperti saya katakan tadi, kalau tak ada, memang tak ada. We cant fake it.

Tarikan utama yang membuka hati saya untuk terlibat dalam Projek: Anchor SPM kerana pengarahnya. Saya memang dah lama nak bekerja dengan Razaisyam, hasil kerjanya sebelum ini bagus-bagus. Saya pernah ditawarkan bekerja dengannya tapi saya waktunya tak kena. Bila tahu jalan cerita, melihat moodboard dan vibes cerita ini mambuat perasaan teruja membuak-buak. It was fun experience. Bekerja menyiapkan siri ini sangat menyeronokan. Tak rasa seperti bekerja.

Daiyan berhadapan dengan sebarang struggle ketika ini? Of course, semua orang struggle. Setiap hari cabarannya berbeza-beza. Ada ketikanya kita rasa tak cukup. Saya struggle dengan diri sendiri, wanted more and more. Ada masanya saya perlu ingatkan diri saya am enough. Tapi ada masanya saya perlukan rasa struggle itu agar saya boleh buat lebih baik, yang mendorong saya untuk menjadi seorang pelakon, penulis, penyanyi dan pengacara yang lebih baik. Tapi sejujurnya memang perasaan itu melukakan lebih-lebih lagi untuk saya yang bekerja dalam bidang seni, fasa kerjanya cepat. Bila rasa tertekan saya akan lihat peluang-peluang yang datang dan saya percaya apa yang datang itu adalah hasil kerja kuat saya.

Ia adalah constant battle, ada masanya Im being hard to myself dan ada masanya saya biarkan untuk saya lebih relaks.
kemeja dan jaket, dior. daiyan menyarung cincin bulgari b.zero1 collection.

Mendengar komen orang juga satu struggle. Bercakap atau menulis itu percuma, cuma kita yang melihat atau mendengar ini perlu tapis apa yang orang katakana tentang kita. Pendapat atau komen boleh datang atas factor benci dan cemburu. Saya selalu ingatkan diri saya untuk tidak terlalu ambil pusing apa yang orang kata.

Daiyan juga mengiyakan bila saya bertanyakan tentang hal konflik dalaman. Baginya dia sendiri adakalanya penat dengan konflik dengan diri sendiri. Konflik ini bukanlah berkaitan dalam membuat keputusan tapi lebih kepada arah mana yang saya mahu tuju. Contoh dalam hal kerja, saya mesti harus buat lebih baik, level up and level up. Bagi saya ada dua arah yang saya mahu pergi, ke arah pasaran yang lebih besar, mass atau mahu buat benda yang berkualiti sahaja. Bukan saya kata kerja-kerja yang bersifat mass tidak bagus tapi saya mahu seimbangkan kedua-duanya. Misalnya Projek: Anchor SPM bagus tapi jika nak tengok orang perlu bayar. Lagi satu, saya sudah set bar untuk diri sendiri. Saya rasa ada orang perasan, saya hanya mahu buat naskhah yang ada potensi saja dan saya rasa saya perlu kekalkan itu.

Apa yang mahu Daiyan ubah tentang kehidupan Daiyan dalam lima tahun akan datang? Saya hanya mahukan peribadi saya berkembang. Saya tak mahu terburu-buru. Saya mahu kerja-kerja yang saya hasilkan ada nampak perbezaan, ada kemajuan. Tidak mahu mendatar. Saya mahu penglibatan saya boleh mengubah sesuatu. Saya tak rasa saya boleh jadi apa yang orang nak, saya tak boleh untuk jadi pelakon atau penyanyi paling popular misalnya. Tidak semua orang boleh terima direction saya. I want to be different. Orang lain sasarannya mungkin lain berbanding saya, and its fine. Saya hanya mahu menjadi diri sendiri dan itu sahaja yang saya mahu buat.

Siapa pengkritik diri you? Obviously diri saya sendiri. I am my own big critic, singkat jawapannya mengakhir perbualan telefon 40 minit saya dengannya.

Aedy Ashraf & Daiyan Trisha, Bicara Tentang Past, Present & Future!
Rantai, subang dan cincin, bulgari B.zero1 collection termasuk rantai B.Zero1 18 karat rose gold dengan seramik hitam.

Artikel Berkaitan: GLAM LELAKI MENAMPILKAN NEW GEN



SUMBER : eh.com.my



Live Website Traffic


loading...