EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Arteta mahu serangan Arsenal bangkit

0 month ago, 13-Jan-2020

PENGURUS Arsenal, Mikel Arteta mencabar barisan penggempur dalam skuad itu untuk memikul tanggungjawab menjaringkan gol ketika ketiadaan kapten yang menerima hukuman penggantungan, Pierre-Emerick Aubameyang.

Aubameyang yang sudah menjaringkan 14 gol dalam Liga Perdana musim ini, akan menjalani hukuman penggantungan tiga perlawanan kerana melakukan bentesan keras ke atas pemain tengah Crystal Palace, Max Meyer ketika seri 1-1 di Selhurst Park.

Hanya penyerang Leicester City, Jamie Vardy (17) mempunyai lebih banyak gol berbanding Aubameyang dan Arteta berkata pemain Kebangsaan Gabon sukar digantikan.

Kehilangan antara pemain paling penting adalah sesuatu yang tidak bagus, kata Arteta.

Kami mempunyai beberapa pemain lain yang boleh beraksi di posisi itu. Mereka kini harus menunjukkan kemampuan boleh memberikan sesuatu kepada pasukan dengan menjaringkan gol.

Seseorang yang lain harus melakukannya dan saya mahu melihat reaksi mereka juga.

Aubameyang akan terlepas aksi menentang Sheffield United dan Chelsea begitu juga saingan Piala FA ketika pasukan itu berkunjung ke Bournemouth.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...