EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Arsenal Kecewa Koscielny Enggan Naik Penerbangan Untuk Pra Musim AS

1 month ago, 12-Jul-2019

Arsenal mengeluarkan kenyataan rasmi menyatakan mereka kecewa dengan sikap tidak profesional ketua pasukan Laurent Koscielny.

Laurent Koscielny enggan menyertai pasukan Arsenal dalam jelajah pra musim di Amerika Syarikat (AS).

Arsenal menerusi kenyataan mereka berkata: Laurent Koscielny telah menolak untuk menyertai pasukan dalam jelajah pra musim di Amerika Syarikat.

Kami sangat kecewa dengan melakukan Laurent terang terangan bertentangan dengan arahan kelab.

Club statement on Laurent Koscielny

Arsenal FC (@Arsenal) July 11, 2019

Kami berharap akan menyelesaikan perkara ini dan tidak akan memberikan sebarang komen lagi buat masa ini.

Berdasarkan komen daripada David Ornstein, beliau menyatakan Laurent Koscielny musim ada bercakap dengan kelab dan segalanya positif.

Kemudian, selepas cuti beliau ada meminta untuk dilepaskan oleh kelab. Namun ianya tidak direstui dan membuatkan beliau enggan menaiki pesawat yang menerbangkan para pemain Arsenal untuk pra musim.

Arsenal/Koscielny talks late last season looked +ve. Back from break, asked for release, refused. Relayed tour decision Wed, confirmed @ Colney today. Flight 1230 without him. Not stripped of captaincy yet, must train or breach contract. #AFC have no offers, he does if free agent

David Ornstein (@bbcsport_david) July 11, 2019

Laporan yang sama daripada media Perancis yang menyatakan Koscielny meminta penamatan kontrak daripada kelab tetapi Arsenal enggan melayannya.

Laurent Koscielny has for several weeks been asking Arsenal for a mutual termination agreement so that he can accept 1 of the 3 firm offers he has from Ligue 1. They've so far refused.

Get French Football News (@GFFN) July 11, 2019


SUMBER : semuanyabola.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com