EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Apple Umum Ipad & Apple Watch Terbaharu

0 month ago, 16-Sep-2020

Umum mengetahui Apple sentiasa melancarkan pelbagai model terbaru mereka termasuk iPhone pada bulan September.

Berlainan dari tahun sebelumnya , Apple kali ini mengadakan majlis pelancaran secara dalam talian menerusi dua acara berbeza susulan dari penularan Covid-19.

Menerusi Apple Event yang berlangsung pada hari ini, syarikat gergasi yang berpangkalan di Cuptertino, California ini telah melancarkan model terbaharu bagi iPad dan juga Apple Watch.

Apple iPad 8th Generation

Menurut Apple, iPad generasi kelapan ini hadir denganprocessorApple A12 Bionic yang akan menjanjikan prestasi 40% lebih pantas dan grafik dua kali lebih pantas berbanding iPad terdahulu

Mereka juga masih mengekalkan rupa yang sama dengan model lama dengan pengekalanbezelbeserta TouchID.

Apple iPad Air

Selain Ipad 8th Gen, Apple turut melancarkan Apple iPad Air dengan saiz skrin 10.9-inci namun ianya hadir dengan perubahan yang agak ketara.

Menggunakan pemproses Apple A14, Ipad Air baharu ini turut menawarkan 40% kepantasan berbanding model sebelum ini.

Ia juga menggunakan skrin Liquid Retina berukuran 10.9 inci dengan resolusi 23601640, kamera 12MP, kamera swafoto 7MP, pembesar suara stereo, butang Touch ID dan menyokong pengecasan 20W

Selain itu, sebanyak lima warna ditawarkan buat iPad Air beserta storan yang berbeza selain ia turut menyokong penggunaan Apple Pencil.

Harganya?

Difahamkan Apple 8th Generation bakal ditawarkan dengan harga $329 (~RM1,449) manakala Apple iPad Air dengan harga RM2599

Selain dua model ini mereka turut melancarkan dua siri Apple Watch terbaharu

Apple Watch Series 6

Untuk tahun ini Apple memperkenalkan Apple Watch Series 6 yang dikuasakan processorApple S6 yang menawarkan kepantasan 20% lebih baik berbanding model sebelumnya

Selain itu ia juga hadir dengan fungsi VO2 Max dan Blood Oxygen yang dapt memudahkan pengguna memantau keadaan kesihatan mereka.

Bagi pemilihan warna, Apple Watch kali ini buat julung-julung kalinya tampil dengan (PRODUCT) RED.

Apple Watch Series 6 sedia ditawarkan dengan harga bermula RM1,749.

Apple Watch SE

Selain Apple Watch Series 6, Apple kali ini turut memperkenalkan Apple Watch SE yang dikuasakan processor Apple S5.

Rekaannya sama seperti Apple Watch terdahulu iaitu Apple Watch Series 4 dan 5 dengan harganya yang lebih rendah iaitu bermula dari RM1,199.

Namun untuk anda yang mahukan Apple Watch tanpa berbelanja besar, Apple Watch Series 3 masih lagi sedia untuk didapatkan dengan harga bermula daripadaRM849.


SUMBER : buzzkini.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...