www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Apasal Aku Kena, Apalah Nasib Hairul Azreen C E D E R A Lagi!!

0 month ago, 17-May-2019


Please follow and like us:

0

Pelakon Hairul Azreen dilaporkan cedera sekali lagi ketika menjalani penggambaran filem terbarunya berjudul Wira baru-baru ini.

Hairul menerusi kemas kini di akaun Instagramnya memaklumkan perkara itu kepada pengikutnya.

Entri tersebut juga turut diserta dengan video pendek yang merakamkan kecederaan di bahagian belakang badannya seakan-akan tertoreh pisau.

Video itu juga menunjukkan Hairul sedang menerima rawatan.

Apasal aku kena lagi!!! Dialog siapa? Ermmmm injured lagi, apalah nasib, @wira_2019 action film, tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya menyatakan rasa risau selain mendoakan Hairul segera pulih.

Yang kaki tengok movie box office free tu. Hadam la ya. Bro Hairul ni punya letih sampai luka-luka Support la sikit movie bro Hairul ni Tiket tu berapa la sangat, tulis @tuanraden313

Kenapa tu abang Hairul, hari tu cedera kat kaki ni badan pulak Kita kena pisau sikit pun dah pedih inikan pula bergaris satu badan, komen @nadieyishak

Terdahulu, ligament kaki kanan Hairul terkoyak ketika menjalani penggambaran filem Wira baru-baru ini.

Insiden itu berlaku ketika Hairul melakukan aksi terjun daripada tingkat dua sebuah bangunan.

Hairul kemudiannya dinasihatkan doctor untuk berehat selama lapan minggu namun membuat keputusan untuk meneruskan baki penggambaran kerana tidak mahu menyusahkan pihak produksi filem.

: Gempak




SUMBER : gengsembang.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts