EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Apakah yang lebih baik dari Lailatul Qadar?

0 month ago, 27-Mar-2020

1. SAMPAIKAN kepada rakan-rakan polis, askar dan semua petugas keselamatan bahawa Rasulullah memuji seorang Muslim yang mengawal keamanan rakyat dalam keadaan ummah ditimpa ketakutan. Sabda Rasulullah:

????? ????????????? ?????????? ???????? ???? ???????? ?????????: ??????? ?????? ??? ?????? ?????? ????????? ??? ???????? ????? ????????

Hendakkah kamu aku tunjukkan satu malam yang lebih baik dari Lailatul Qadar? (Iaitu malam) seorang lelaki yang berkawal pada malam yang menakutkan dan berkemungkinan dia tidak mampu pulang ke pangkuan keluarganya. (HR al-Hakim & al-Baihaqi)

2. Perhatikan disini bagaimana Rasulullah memuji mereka yang menjaga keselamatan tanahair dalam keadaan ummah sedang dilanda kebimbangan dan ketakutan. Malah Rasulullah membayangkan kepada kita bahawa ganjaran yang diperolehi lebih besar dari malam Lailatul Qadar.

3. Hadith ini turut menjelaskan kepada kita bahawa keperluan rakyat itu lebih utama dari amalan ibadah atas keperluan peribadi. Dengan sebab itu Rasulullah bersabda dalam hadith yang lain:

(???? ???? ?? ?? ?? ???? ????? ????? ?? ?? ?????? ?? ??? ?????? (???? ???? ???????) ?????))

Aku lebih suka untuk berjalan bersama saudaraku yang memerlukan daripada aku beriktikaf bersendirian selama sebulan di Masjid ini (iaitu Masjid Nabawi). (HR al-Tabrani)

4. Jelaslah disini bahawa mereka yang berjaga malam, mengorbankan nyawa dan masa mereka untuk kesejahteraan ummah akan beroleh ganjaran yang tidak ternilai di sisi Allah.

5. Mari kita doakan bersama agar Allah mengurniakan kesejahteraan buat anggota keselamatan serta petugas kesihatan yang berkorban untuk memastikan kesejahteraan bumi ini.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

-

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)


SUMBER : indahnyaislam.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...