www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Apabila Hilang Kuasa, Maruah Melayu Bumiputera Tak Dihormati

0 month ago, 08-Dec-2018


KUALA LUMPUR, 8 Dis Orang tidak hormat dan tidak pedulikan maruah kita apabila kita hilang kuasa, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Sehubungan itu, katanya orang Melayu Bumiputera perlu bersatu sebagaimana Himpunan Daulat 812 yang berlangsung hari ini.

Hari ini menandakan bersatunya orang Melayu antara dua parti terbesar Melayu iaitu UMNO dan Pas. Kita boleh bersama-sama, dan kita akan bersama juga untuk rampas bersama Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), katanya dalam ucapan di hadapan peserta Himpunan Daulat 812, di Dataran Merdeka hari ini.

Tegasnya, rakyat jangan rasa gundah dan gulana kerana jika sepakat dan ramai sebagaimana dalam himpunan ini maka bukan sahaja ICERD boleh ditolak tetapi juga kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Sekarang ini orang mempermainkan maruah kita… kita mesti pastikan jangan ada lagi orang yang boleh mempermainkan maruah kita. Kita mesti bekerjasama demi kesucian agama Islam dan maruah orang Melayu, katanya lagi MediaUMNO


SUMBER : umno-online.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts