www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Anwar konsisten jawab isu hubungan dengan Tun M

0 month ago, 07-Nov-2018



SINGAPURA Pertanyaan mengenai hubungannya dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan sentiasa dibangkitkan di pentas antarabangsa, dengan harapan kemungkinan beliau akan memberitahu sesuatu berbeza.
Selepas dibebaskan dari penjara pada Jun tahun ini, beliau sudah berada di sini tiga kali, bercakap di hadapan hadirin antarabangsa, dan beliau harus menjawab soalan sama seperti dijangkakan.

Loading...
Datuk Seri Anwar Ibrahim, ramai orang audien tertanya-tanya tentang hubungan anda dengan Dr Mahathir Mohamad. Bagaimana anda menyifatkannya pada ketika ini secara terus terang, tanya Haslinda Amin, Ketua Koresponden Antarabangsa Bloomberg Television.
Anwar, yang baru-baru ini menang tanpa bertanding sebagai presiden PKR, berada di sini hari ini untuk berucap pada Forum Ekonomi Baharu Bloomberg tentang topik Usaha Malaysia untuk Akauntabiliti Demokrasi.


Anwar, sebelum ini berada di negara ini pada 20 Sept lepas, sebagai penceramah terkemuka ke-10 bagi Siri Syarahan Kepimpinan Ho Rih Hwa.


Lima hari sebelum Siri Syarahan tersebut, beliau berucap pada Dialog Pembiayaan S Rajaratnam, program penting dalam Sidang Kemuncak Singapura 2018.
Soalan yang sama juga diajukan kepada Anwar, dan beliau menjawab pertanyaan tersebut secara konsisten.
Anda mahu jawapan yang betul dari segi politik? Anwar, bakal perdana menteri seperti biasa akan bertanya kembali kepada hos sebelum menjawabnya secara panjang lebar.
Saya pernah bersama beliau maksud saya sangat rapat menakjubkan belum pernah berlaku sebelum ini hubungan sangat rapat dengan beliau. Sepanjang 80-an dan 90-an. Dan, kemudian (berlaku) salah satu perbalahan paling buruk pada zaman moden di Malaysia jadi kami sama-sama mempunyai pengalaman itu.
Namun, sekali lagi kami dapat menyelesaikannya. Kami katakan, kita perlu bekerjasama untuk menyelamatkan negara. Jika itu motifnya, saya akan terus menjalinkan hubungan sangat baik dengan beliau, kata Anwar.
Mengulas lanjut, Anwar berkata beliau beberapa kali bertemu Dr Mahathir secara peribadi dan mengadakan perbincangan panjang lebar setiap minggu.
Saya sudah menyatakan dengan jelas bahawa beliau perlu diberikan peluang dan ruang sebaik-baiknya untuk melakukan apa sahaja yang beliau mahu lakukan. Persefahaman itu dilihat berjalan lancar.
Sejujurnya, pujian patut diberikan kepada beliau juga, kami telah kembali kepada keadaan dahulu apabila kami berbual. Kami sering mengimbas kembali kenangan indah masa lalu. Kami cuba melupakan perkara buruk, katanya.
Anwar yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson baru-baru ini, berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri dari 1993-1998 dan Menteri Kewangan dari 1991-1998 semasa Dr Mahathir kali pertama menjadi perdana menteri, dan menghabiskan lebih lapan tahun daripada tempoh 20 tahun lepas di dalam penjara. Bernama


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts