EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Raih Anugerah Platinum, Anis Nabilah Mahu Perkenal Masakan Malaysia Ke Peringkat Antarabangsa

0 month ago, 22-Nov-2021

Cef selebriti terkenal, Anis Nabilah baru-baru ini dilaporkan telah menerima Anugerah Platinum di bawah pengurusan Unversal Music Malaysia.

1 year lalu

Tak Mengejar Populariti, Chef Anis Nabilah Belum Bersedia Ceburi Bidang Lakonan Dan Nyanyian

Advertisement

Anugerah tersebut diberikan kepada Anis di mana kejayaannya meraih pendapatan paling tinggi di bawah syarikat tersebut sepanjang tahun 2019 sehingga 2021.

https://www.instagram.com/p/CWIcojKJo0q/?utm_source=ig_web_copy_link

Menganggap anugerah tersebut sebagai salah satu pencapaian terbaik sepanjang hidupnya, Anis mengakui bahawa penglibatannya bersama syarikat tersebut telah banyak mengubah hidup dari segi pendapatan, pengikut dan juga jenama sendiri sehingga ke peringkat global.

Jadi saya berasa sangat bertuah kerana ada jenama besar iaitu Unversal Music Malaysia di belakang saya. Buktinya mereka berjaya mengurus dan membawa kerjaya saya pada tahap sekarang.

Ujar Anis lagi, sejak dia diwakili syarikat itu, ia sedikit sebanyak memudahkan urusan untuk aktiviti kolaborasi dengan pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa.

Advertisement

“Ada juga kolaborasi dengan pihak antarabangsa iaitu Tasty dengan membuat kandungan masakan untuk mereka. Saya orang Malaysia pertama yang kolaborasi dengan mereka.” cerita Anis lagi.

Perkembangan terkini, Anis Nabila merancang untuk menerbitkan buku sendiri dan memasarkan karyanya itu ke peringkat antarabangsa.

Dalam pada itu, Anis menzahirkan harapan untuk lebih banyak kerjasama terjalin dengan jenama luar negara di samping ingin berkongsi masakan Asia terutama Malaysia ke mata dunia.

Raih Anugerah Platinum, Anis Nabilah Mahu Perkenal Masakan Malaysia Ke Peringkat Antarabangsa first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





Live Website Traffic


loading...