EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Anuar kongsi petua

0 month ago, 22-Mar-2020

RAJA pecut negara dalam acara basikal lebuh raya, Anuar Manan berkongsi tip buat peminat basikal untuk mengekalkan kesihatan dan kecergasan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu bermula 18 hingga 31 Mac 2020 bagi membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Pemenang Jersi Hijau (Raja Pecut) dalam Le Tour de Langkawi (LTdL) 2010 itu berkata, tempoh PKP itu bukannya masa buat atlet ataupun peminat basikal negara berpeluk tubuh di kediaman masing-masing, tetapi mereka masih boleh lakukan aktiviti untuk mengekalkan tahap kecergasan.

Pelumba kelahiran Kuala Ibai, Terengganu berusia 34 tahun itu berkata, antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah kayuhan setempat dan senaman regangan untuk elak berdepan dengan pelbagai risiko sekiranya mengabaikan senaman regangan.

Regangan adalah proses yang akan membantu atlet memanaskan badan sebelum latihan yang lebih berat dilakukan bagi mengurangkan risiko kecederaan seperti otot terkoyak serta terseliuh dan aktiviti regangan ini perlu dilakukan selama 10 minit.

"Selain itu peminat basikal juga perlu amalkan pemakanan yang sihat dan jaga makan serta makan ikut jadual ketika tempoh PKP itu selain mempunyai tidur yang cukup. Tidur berkualiti penting untuk memastikan tubuh kita cukup rehat, bila tubuh sihat kita akan sentiasa segar dan bertenaga sepanjang hari," katanya.

Dalam pada itu, bekas pelumba pasukan Terengganu Inc Cycling Team (TSG) itu mengakui masih berminat untuk menyarung jersi pasukan itu jika diberi peluang.

Pada PETRONAS LTdL bulan lalu, Anuar yang mewakili pasukan negara tidak mengecewakan apabila berjaya menduduki tempat kesembilan keseluruhan dan kedua terbaik pelumba Asia pada peringkat perlumbaan kelima di Ipoh.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...