EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Angka kematian wabak coronavirus meningkat kepada 811 orang

0 month ago, 09-Feb-2020

Dalam tak sedar, wabak coronavirus ini telah menular dan bertapak dibeberapa buah negara sejak 7 Januari lalu. Wabak ini muncul ketika rakyat di China, sedang membuat persiapan untuk menyambut Tahun Baru Cina. Kemudiannya wabak ini turut menular dan menjejas kesihatan negara-negara yang kain.

Wabak yang berasal dari daerah Wuhan, negara China ini membuatkan kebanyakan penduduk dunia panik dengan penularan coronavirus yang tiada sempadan ini. Sehinggakan, terdapat beberapa buah negara mengatur langkah dengan menghalang dan menghantar pulang semula rakyat China yang berada di negara mereka.

Menurut laporan Berita Harian, angka kematian yang disebabkan oleh wabak coronavirus ini telah meningkat kepada 811 orang sehingga semalam. Kenyataan ini telah dipetik daripada laporan Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan pada hari ini.

Jumlah ini telah mengatasi jumlah kematian yang melibatkan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang menular sekitar tahun 2002 dan 2003, yang telah mencatatkan kematian sebanyak 774 orang.

Semalam, rekod harian kematian yang membabitkan coronavirus ini telah mencatatkan 89 orang. 81 daripadanya ialah membabitkan penduduk di wilayah Hubei.

Walaubagaimanapun, penularan coronavirus di Wuhan mula menunjukkan penurunan tetapi tidak begitu ketara. Sejak 1 Februari 2020, kes jangkitan baharu coronavirus mencatatkan penurunan dianggarkan sekitar 3,000 hingga 2,656 kes.

Orang ramai dinasihatkan untuk memakai penutup mulut ketika berada diluar rumah ataupun tempat-tempat awam, untuk mengelakkan sebarang kemungkinan terjadi.

: Berita Harian


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...