EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Angka kematian cecah 19 kes, Covid-19 catat peningkatan di Malaysia

0 month ago, 25-Mar-2020

Sebentar tadi, sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia telah memberitahu bahawa terdapat 4 lagi kes kematian berbanding semalam.

Hal ini menjadikan 19 kes kesemuanya dengan dua kes sudah dimaklumkan dalam laman Facebook KKM sebelum ini.

Kes kematian ke-16 dimaklumkan pada malam semalam dan kematian kes ke-17 pula dimaklumkan pada pagi tadi di Facebook sumber.

Manakala kes kematian ke-18 adalah warganegara Malaysia berusia 58 serta mempunyai sejarah penyakit kronik . Disahkan meninggal dunia pada jam 2 pagi di Hospital Sultan Ismail.

Kes 19 pula adalah pesakit perempuan berusia 68 tahun yang meninggal dunia pada 12.53 pagi di Hospital Nora Ismail.

[LIVE] Sidang media Kementerian Kesihatan tentang perkembangan terkini Covid-19 di Malaysia.#BHTV#METROTV#NSTTV

Posted by Berita Harian Online on Wednesday, March 25, 2020

Dalam pada itu, Noor Hisham turut memaklumkan bahawa terdapat 73 kes positif Covid-19 melibatkan petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Namun, kesemua anggota kesihatan ini BUKAN disebabkan oleh pengendalian kes positif COVID-19 di fasiliti Kesihatan KKM.

Kenyataan tersebut turut memaklumkan bahawa terdapat 172 kes baharu menjadikan kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1796.

Walau bagaimanapun, 16 orang orang sudah bebas daripada Covid-19 pada hari ini dan menjadikan sebanyak 199 kes yang telah sembuh.

: KKM


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...