EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Anggota tentera elit Australia bunuh orang awam Afghanistan Laporan

0 month ago, 19-Nov-2020

Oleh Fetty Rara

SIASATAN selama empat tahun oleh pihak Australian Defence Force (ADF) mendapati bukti sahih bahawa anggota gerak khas tentera Australia telah melakukan pembunuhan ke atas 39 orang awam semasa konflik di Afghanistan.

Laporan hasil siasatan ADF yang amat dinantikan itu membabitkan penyiasatan ke atas sejumlah 57 kejadian yang memperoleh keterangan daripada beratus saksi, lapor bbc.com.

Ia mendedahkan rekod amat memalukan budaya pejuang yang diamalkan oleh sesetengah anggota tentera, kata pemerintah ADF Angus Campbell.

Menurut beliau seramai 25 anggota unit gerak khas Special Air Service (SAS) didapati terbabit dalam kejadian yang tidak ada kena mengena dengan sebarang pertempuran.

Siasatan turut mendapati bahawa anggota yang terbabit sememangnya maklum tentang peraturan pertempuran pada masa perang, tetapi apa yang mereka telah lakukan adalah di luar undang-undang ketenteraan.

Pejabat Perdana Menteri Australia Scott Morrisson telah menghubungi Presiden Afghanistan Ashraf Ghani untuk memohon maaf berhubung hasil penyiasatan tersebut.

Susulan itu Ashraf dalam satu kenyataan berkata pihak Australia telah menyatakan komitmen untuk memastikan keadilan.

-BebasNews

Please follow and like us:



SUMBER : bebasnews.my

Save on your hotel - hotelscombined.com

Live Website Traffic


loading...