www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Anggota Polis Maut Dirempuh Pemandu Mabuk

0 month ago, 05-Dec-2018


96 Normal 0 false false false EN-MY JA AR-SA

Al-Fatihah Konstabel Mohd Zamiri Sinsian, Terkorban Ketika Menjalankan Tugas Mulia
KUALA LUMPUR 5 Disember 2018. - Seorang anggota polis maut manakala seorang lagi parah selepas dirempuh pemandu dipercayai mabuk dalam kejadian di Jalan Semantan, di sini awal pagi tadi.


Ketua Jabatan Siasatan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkifly Yahya berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3.50 pagi itu, dua mangsa terbabit bersama seorang lagi anggota sedang melakukan pemeriksaan mengejut terhadap sebuah kenderaan lain.

Anggota yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Konstabel Mohd. Zamri Sinsian manakala Konstabel Osman Ibrahim mengalami pendarahan dalam kepala.
Seorang lagi anggota, Koperal Mohd. Samsul Ishak tidak mengalami sebarang kecederaan, ketiga-tiga anggota tersebut dari Balai Polis Travers, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zulkifly, jenazah Mohd. Zamri dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dan Osman dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan lanjut.

Tambahnya, pemandu kereta berusia lingkungan 44 tahun dibawa ke Ibu pejabat JSPT Kuala Lumpur untuk menjalani ujian Evidential Breath Analyser (EBA).

berita: UTUSAN ONLINE

SUMBER : 1media.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts