EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Anggap Anak Sendiri, Datin Ladyana Bahagia Di Samping Datuk Awie & Bakal Bergelar Ibu

0 month ago, 20-Nov-2020

Tiada apa yang lebih bahagia buat seorang wanita apabila bakal bergelar seorang ibu. Isteri kepada penyanyi dan pelakon popular, Datuk Awie ini juga sedang menikmati momen terindah dalam hidupnya yang bakal menimang cahaya mata awal tahun depan.

Foto: Koleksi peribadi Datin Ladyana

Datin Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin sudah empat tahun mendirikan rumahtangga bersama penyanyi rock yang begitu sinonim dengan kumpulan Wing itu begitu teruja dengan kandungan pertama yang sudah memasuki usia tujuh bulan. Manakala Datuk Awie pula bakal menerima cahaya mata yang keenam.

Foto: Koleksi peribadi Datin Ladyana

Riak wajah yang terpancar di wajah wanita yang mesra disapa Ladyana ini sudah cukup menggambarkan kebahagiaan yang dimilikinya bersama keluarga tersayang. Syukur, alhamdulilah. Saya gembira sangat dan saya minta didoakan semoga semuanya dipermudahkan Allah SWT, cerita wanita yang berusia 33 tahun ini tentang kandungannya.

Foto: Koleksi peribadi Datin Ladyana

Melalui perkahwinan terdahulu, Datuk Awie yang kini berusia 52 tahun memiliki 5 orang cahaya mata iaitu, Puteri Aleeya Antasha, 19 tahun, Puteri Aleefa Antasha, 17 tahun, Putra Ahmad Merrah, 11 tahun, Putra Ahmad Rezzki, 10 tahun dan Puteri Qasseh Antasha, 8 tahun.

Foto: Koleksi peribadi Datin Ladyana

Melihat hubungan mesra Datin Ladyana dengan anak-anak tirinya terdetik untuk bertanya bagaimana wanita yang mudah mesra ini menyesuaikan diri dengan anak-anak. Saya anggap mereka seperti anak sendiri tetapi saya cuba jadi kawan yang baik kepada mereka. Alhamdulilah hubungan kami sangat rapat dan baik, ujar Datin Ladyana yang pernah bekerja di salah sebuah syarikat penerbangan tempatan.

Foto: Koleksi peribadi Datin Ladyana
Foto: Koleksi peribadi Datin Ladyana

Bercerita tentang perkembangan terkini, Sekarang saya buat perniagaan saloon rambut dan butik baju yang direka oleh Abang Awie sendiri. Namun, buat masa ini hanya saloon yang beroperasi, butik akan dibuka semula selepas PKPB nanti. Sekarang masa untuk saya berehat sekejap sehingga kelahiran bayi yang dijadualkan pada Januari 2021, insyaallah, akhiri Datin Ladyana.

*Ada tak yang sedang mencari baju bayi untuk diri sendiri atau untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan? Mungkin di sini boleh membantu



SUMBER : nona.my



Live Website Traffic


loading...