www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Andai kehidupan guru ini mempunyai "soundtrack" nya...

0 month ago, 16-Apr-2019


Ingat nak pilih lagu 90an Melayu punya, tapi rock kapak banyak sangat. Leleh habis...so kami cuba cari lagu-lagu 90an Bahasa Inggeris yang penuh warna-warni dan pelbagai genre.

1. Tatkala kau bertanyakan soalan dalam kelas, dan mendapat jawapan daripada murid yang tak disangka-sangka.

EMF- Unbelievable
Yup..soalan simple saja, jawapan yang yang tak disangka-sangka tu bukan semua betui pun...kadang memang sukar dipercayai!
2. Bila kau dah tak tahan dengan pasangan murid yang duduk bersebelahan yang membawang aje kerjanya!

The Offspring - Come Out And Play
Sabor je la...nak nyusun budak yang jenis mulut pot pet ni pun satu hal...

3. Tatkala kau melintas tandas murid

Smells Like Teen Spirit- Nirvana
Ya rabbi...bau! Bau remaja la katakan...

4. Tatkala duit gaji bulan ni 90% semua habis ke kelas

Everything I Do (I Do It For You)- Bryan Adams
Wahai murid-muridku...apa yang cikgu korbankan, semua untuk kamu semua...so jangan nak macam-macam ek..

5. Pabila loceng tengahari Jumaat berbunyi

Livin La Vida Loca- Ricky Martin
Senyuman dengan hati yang berbunga-bunga bila tiba hari Jumaat. Rasa nak nari-nari pun ada...
6. Bila tengok baki gaji cikgu setiap bulan selepas bayar semua bil...

Bills, Bills, Bills- Destinys Child
Tak mo komen lebih-lebih, nanti dorang cakap mengajar kena ikhlas...hurmm...

7. Tatkala cuba senyapkan murid yang sedang havoc

Dont Speak- No Doubt
Nak senyapkan budak macam cara dan petua, tapi ada kalanya dengan satu renungan pun mampu senyapan mereka, walaupun cuma 3 saat...

8. Tatkala murid mula mengusik barang-barang di atas meja anda.

U Cant Touch This- MC Hammer
Sudah menjadi lumrah budak kan...sabor je la..

9. Tatkala murid minta ulang suara arahan yang telah diberikan untuk kali ke 30

I Want It That Way- Backstreet Boys
Tak pernah gagal untuk merengek bertanya...

10. Tatkala anda berjaya mengharungi persekolahan hingga cuti akhir tahun pun tiba

Boney M. - Hooray! Hooray! It's a Holi-Holiday



SUMBER : cikgushare.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts