EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Ameng jana pendapatan dengan AVOL

0 month ago, 10-Jun-2021

Oleh NAFSIAH JANI

PANDEMIK Covid-19 meninggalkan kesan kepada seluruh lapisan masyarakat. Selain kehilangan keluarga, masyarakat serta artis juga turut terkesan dengan kehilangan pendapatan. Jadi tidak hairanlah kini medium digital menjadi pilihan untuk menjana pendapatan.

Begitu juga dengan Ameng Spring yang turut menerima pelawaan penyanyi Fredo untuk bersama-sama dengannya untuk menyanyi menerusi Facebook Artis Voice Of Legend (AVOL) yang menetapkan sumbangan hanya RM1.00 daripada peminat.

Mulanya ragu-ragu jugak nak join kerana program ini macam kutip derma pula dan perkara macam ini tak pernah dibuat orang. Bila difikir daripada tak buat apa-apa lebih baik saya mencuba join AVOL iaitu menyanyi dari rumah. Namun selepas hari pertama, saya rasa bersyukur kerana bidang ini boleh menjana pendapatan. Mula-mula bersiaran pada 8 Jun dapatlah saya sumbangan ikhlas daripada peminat.

Ada yang bagi RM1, RM10,RM100 dan ada juga yang bagi sehingga RM500. Hari pertama saya dapat kutipan RM3000 daripada peminat, follower dan rakan- rakan. Kebanyakan artis dapat income yang lebih kurang sama. Mana yang dah lama buat tu seminggu buat tu dah dapat dekat 6k ke 7k. kata Ameng sambil ketawa mengenai Channel AVOL yang sudah mengumpul lebih 40 ribu penonton ini.

Menurut Ameng atau nama sebenarnya, Wan Aminuddin Wan Ismail,53,AVOL ini adalah satu cara untuk penggiat seni mencari makan di dalam alam maya. Inilah idea yang baru, yang pada mulanya diragui sesetengah individu termasuk saya. Tak sangka dalam kesulitan ada kesenangan. Saya rasa program AVOL ini tidak salah selagi kami tidak melanggar undang-undang

Kami tak paksa peminat bagi duit pada kami. Program ini sekadar untuk hiburan dan hiburan yang kami berikan itu dibayar secara ikhlas oleh peminat dengan menyumbang RM1.00. Pada saya, rezeki itu jangan ditolak dan musuh jangan pula dicari.

Saya juga nak ucap terima kasih pada mereka yang memberi sumbangan. Pasal kutipan itu kami tak paksa, terpulang pada peminat nak bagitak bagi pun tak apa. Semoga sumbangan mereka itu dijadikan amal jariah untuk membantu sesama manusia.

Keluarga bahagiaAmeng bersama isteri dan anaknya.

AVOL bersiaran dan boleh ditontoni di AVOL Facebook setiap hari dari jam 5 petang. Buat masa ini enam artis terlibat iaitu Ameng, Fredo, Hasnol, Ibnor Reza, Datin Ramziela dan Jatt Ali. Setiap hari artis bebas menyanyi dua buah lagu yang mereka sukai.

Program ini dikendalikan secara professional dan setiap jam 2 petang ada perbincangan grup mengenai persembahan pada hari tersebut. Selain membuat soundcheck lagu, mereka juga berbincang siapa yang akan memulakan persembahan dan seterusnya hingga tamat program.

Ameng menambah, Benda ini berjaya kerana peminat setia, saudara- mara, keluarga dan rakan-rakan yang banyak menyokong kami.

Setiap artis ada nombor akaun mereka sendiri pada poster yang kami `blast pada peminat dan AVOL tidak ambik sesen pun komisen daripada apa yang kami dapat.

Sepatutnya program ini sehingga 12 Jun ini saja. Namun melihat sambutan yang menggalakkan mungkin kami akan teruskannya. Kami tengok, sumbangan ini bukan saja masa live lepas live kami tengok dari data ada saja yang menonton program tersebut. Ada yang duit masuk pada jam 2 pagi dan 3 pagi.

AVOL ini bukan sekadar konsert saja, kami juga boleh menjawab komen-komen peminat. Peminat juga boleh melihat aktiviti harian kami sama ada di rumah mahupun ketika membeli-belah. Program ini seolah-olah macam proragam realiti TV yang berada dalam telefon dan secara live dalam Facebook.

Bercakap mengenai kehidupannya semasa Covid-19, Kata Ameng, dia bersyukur kerana dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.

Dah dua tahun saya tak ada show sejak pandemik covid -19 melanda negara. Bahkan duit masuk pun dah tak ada langsung dan tipu kalau saya kata tak terjejas langsung, saya memang terjejas. Risau itu jangan cakaplah, saya selalu berfikir bilakah penyakit ini akan berakhir dan kita semua boleh menjalani hidup seperti biasa?.

Namun saya bersyukur kerana jika wabak ini masih berterusan kami sekeluarga masih boleh bertahan bagi tempuh dua tahun lagi. Kami dah biasa hidup secara bersederhana dan tidak bermewah-mewah sangat. Kereta biasa, rumah biasa dan makan minum pun biasa-biasa saja.

Alhamdulillah, kami dah belajar hidup secara sederhana lepas saya keluar penjara dulu. Tambah pula duduk di Kuala Lumpur ini macam-macam nak kena bayar. Kami sentiasa beringat dan Alhamdulillah berkat isteri saya mengawal keluar masuk duit dan membuat simpanan serta berjimat-cermat dapatlah kami bertahan lagi.

Kini Ameng bahagia bersama isterinya, Sabariah Zakariah,51, dan anaknya, Wan Ammar Haikal, 14.

Ada hikmahnya pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (SPP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuat kuasa sekarang ini kerana dapatlah Ameng menjaga ibunya, Hajah Hasmah Haji Mahmood,78.

Sebelum ini saya memang sibuk dengan show di merata tempat dan tidak berpeluang untuk menjaga ibu saya. Nampaknya ada juga hikmah di sebalik PKP kali ini kerana saya dapat fokus menjaga ibu saya sepenuh masa. Saya rasa gembira kerana dapat juga berbakti dan balas jasa ibu saya.

Dulu masa boleh berjalan perlahan-lahan ke bilik air, mandi dan buang air sendiri ibu saya sering ke rumah adik-beradik yang lain di Pulau Pinang, dan Kelantan. Tapi sejak dah dah uzur dan terlantar ini, kamilah yang menjaganya. Kitalah yang kena bawa ke tandas, cuci berak, bagi makan, dan mandikan ibu saya. Jadi inilah aktiviti saya sekarang ini bersama isteri selain sibuk dengan AVOL, kata Ameng anak keempat daripada 7 adik-beradik ini. Seorang daripada mereka sudah meninggal dunia dan kini mereka tinggal 6 beradik iaitu empat orang lelaki dan dua orang perempuan.

-BebasNews

Please follow and like us:



SUMBER : bebasnews.my



Live Website Traffic


loading...