www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Ameng khatam al-Quran lebih 100 kali ketika dipenjara

0 month ago, 12-Jan-2019


KUALA LUMPUR: Penyanyi, Ameng, 50, bersyukur apabila diberikan hidayah ketika menjalani hukuman selama beberapa tahun di Penjara Kluang, Johor.

Menganggap penjara sebagai tempat sebaiknya bagi memperbetulkan golongan hidup tidak tentu arah dan terjebak dalam aktiviti negatif, artis yang mencipta populariti bersama kumpulan Spring itu turut bermuhasabah diri ketika menjalani hukuman.

Saya anggap penjara sebagai tempat muhasabah diri, selain pemulihan akhlak. Saya menerima hukuman 10 sebatan secara serentak, kesakitannya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ia mengambil masa sebulan untuk dipulihkan.

Di sebalik itu, saya bersyukur kerana diberikan hidayah Allah menerusi program pemulihan dijalankan di sana. Ia membuatkan saya benar-benar bertaubat dan mendekatkan diri dengan Allah, sehingga berjaya menghafaz beberapa juzuk al-Quran dan khatam lebih 100 kali, katanya kepada BH Online.

Penyanyi yang popular dengan lagu Sampai Hati itu berkata, dia turut memperoleh semula kekuatan untuk terus berjuang dalam seni suara selepas mendapat sokongan keluarga dan peminat.

Saya fikir, kerjaya nyanyian akan berkubur sebaik sahaja keluar daripada penjara. Namun, tekaan saya silap. Ketika di penjara lagi, rezeki menyanyi tidak pernah putus-putus diberikan, kongsinya.

Bintang kelahiran Besut, Terengganu itu dikenakan hukuman penjara lapan tahun selain 10 sebatan selepas didapati bersalah atas tiga kesalahan, termasuk dua kes memiliki dadah pada 12 April 2011.

Bagaimanapun, dia dibebaskan pada 14 Jun 2016, kira-kira tiga tahun lebih awal daripada tempoh penuh hukuman kerana mendapat pengampunan selepas berkelakuan baik.

Akui Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, sebelum ditimpa musibah, dia banyak membuang masa dengan perkara sia-sia.

Saya suka berfoya-foya, tidak pulang ke rumah, mengabaikan keluarga dan terlalu boros berbelanja. Walaupun sudah berkahwin (dengan Sabariah Zakaria, 48) dan memiliki cahaya mata, Wan Ahmad Haizal yang kini berusia 11 tahun, saya tidak dapat membuang sikap buruk.

Apabila menerima undangan persembahan pula, saya melakukannya secara sambil lewa. Ketika kerjaya memuncak, saya lebih minat melakukan perkara mengarut dan berjoli.

Apabila malang menimpa, barulah saya berfikir panjang. Saya mengalami kemurungan selama setahun kerana tidak dapat menerima takdir hukuman, selain kehilangan keluarga, harta dan kemasyhuran.

Hidup saya sering berendam air mata. Ketika terpenjara, saya sedar betapa penting ibu bapa, keluarga dan kerjaya. Berpisah dengan keluarga dan kehidupan luar sesuatu yang cukup menyakitkan, katanya mengimbau kenangan di balik tirai besi.

Sementara itu, bercerita mengenai perkembangan kerjaya seni, Ameng memaklumkan dia bakal muncul dengan lagu berjudul Sampai Lelah.

Lagu ini diberikan oleh seorang peminat Spring. Saya pula memang banyak menerima lagu daripada mereka. Kalau dihitung, mungkin lebih 20 lagu dihantar kepada saya. Entah kenapa, lagu ciptaan Dan itu membuatkan hati saya terbuka mahu menyanyikannya.

Sampai Lelah menepati cita rasa peminat zaman sekarang. Ia sebuah karya yang ada jiwa, katanya yang turut bekerjasama dengan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam penghasilan lagu terbabit. Berita Harian

www.indahnyaislam.my

-

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)




SUMBER : indahnyaislam.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts