EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Maut kena ameba pemakan otak

0 month ago, 14-Sep-2020

Miami: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun meninggal dunia selepas dijangkiti ameba pemakan otak ketika bercuti dengan keluarganya di sebuah tasik di Florida pada 2 Ogos lalu.

Independent UK memetik media tempatan WJXT melaporkan berita kematian mangsa, Tanner Lake Wall disahkan oleh ahli keluarganya.

Bapanya, Travis Wall berkata, anaknya mendapat jangkitan sewaktu berenang bersama keluarga dan rakannya.

Dia kemudian membawa remaja itu ke hospital berhampiran di Gainesville untuk mendapatkan rawatan.

Ia selepas anaknya itu mengalami beberapa simptom iaitu mual, muntah-muntah, ketegangan pada leher juga sakit kepala.

Katanya, sebaik melakukan pemeriksaan, Tanner diberi bantuan pernafasan sebelum disahkan mengalami jangkitan berkenaan.

"Doktor beritahu anak saya tidak mengalami penyakit meningitis (radang selaput otak), tetapi jangkitan ameba yang tiada ubat untuk merawatnya," katanya.

Wall berharap apa yang berlaku dapat memberi kesedaran kepada ibu bapa lain mengenai kewujudan penyakit berkenaan.

"Mungkin mereka tidak terfikir mengenai penyakit itu dan saya boleh katakan ramai yang tidak ambil peduli.

"Lagipun, kita dibesarkan dengan mandi di dalam kolam, sungai dan tempat seperti itu. Jadi, berhati-hatilah jika berenang pada musim panas," katanya yang meminta supaya tanda amaran diletakkan di kawasan kemungkinan terdapat ameba pemakan otak.

"Ia terutama antara tempoh Julai hingga September kerana ameba ini boleh masuk melalui hidung anda," katanya yang turut meminta supaya tanda amaran diletakkan di kawasan kemungkinan terdapat ameba pemakan otak.

Menurut Pusat Pengendalian Penyakit (CDC), ameba pemakan otak atau Naegleria fowleri boleh menyebabkan jangkitan otak apabila air tercemar memasuki badan melalui hidung.

CDC memaklumkan jangkitan itu jarang berlaku.

Dalam tempoh 10 tahun iaitu daripada tempoh 2009 hingga 2018, hanya 34 jangkitan kes seumpamanya dilaporkan di Amerika Syarikat (AS).


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...