EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Saya Ambil Sebab Suami- Ellie Suriaty Mengaku Sudah Lengkap 2 Dos Vaksin

0 month ago, 12-Jan-2022

Pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty Omar mendedahkan dia sudah lengkap dua dos vaksinasi jenis Sinovac pada Oktober dan November tahun lalu.

Menurut Ellie, keputusan untuk melengkapkan dua dos vaksinasi adalah kerana menghormati suaminya, pelakon Azri Iskandar.

Saya bukan seorang antivaksin. Saya ambil vaksin lain seperti BCG, polio dan sebagainya. Mengenai vaksin C0VID-19, saya cuma suarakan pendapat saya. Tak salah untuk saya suarakan pendapat.

Saya sudah menerima dua dos vaksin jenis Sinovac. Saya ambil vaksin kerana suami. Azri sudah bagi saya masa selama dua tahun untuk saya bersuara mengenai vaksin dan wabak ini serta menyok0ng saya.

Jadi apabila suami memberikan arahan, saya mengikutinya kerana saya respek suami saya. Memang brperang kejap, tapi dia suami saya, saya kena ikut cakap dia atas rasa hormat. Anak saya juga sudah mendapatkan vaksin.

Sebab utama saya adalah kerana suami. Apa-apa yang terjadi, dia akan tanggung. Kedua, dia juga tahu saya sayangkan industri seni. Dia tahu saya sedih jika saya tak dapat bekerja dalam dunia seni, jadi saya menurut kata suami, katanya.

Pengarah filem PenanggaI ini ditemui di majlis pelancaran filem Telaga Suriram arahan Osman Ali di The Majapahit, Mont Kiara.

Ellie berperanan sebagai jurulatih lakonan untuk karya yang dibintangi oleh Farid Kamil, Maya Karin, Nabila Huda dan Scha Alyahya.

Ini adalah kerjasama kelima dengan Osman. Sebelum ini, saya pernah jadi acting coach untuk filem Ombak Rindu, Pilot Cafe, Kau Yang Satu dan Langsuir.

Saya baru sahaja balik dari Sarawak menjadi acting coach untuk teater Puteri Santubong. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan kini saya memberikan fokus untuk filen Telaga Suriram.

Saya teruja kerana ramai pelakon filem ini merupakan pelakon yang pernah memenangi anugerah terbaik, katanya. – dipetik dari Xtra, Instagram Elliesuriaty

 

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! [email protected]Mytv Viral



SUMBER : mytvviral.com



Live Website Traffic


loading...