EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Ambil sahaja tak perlu bayar Ustaz Ebit buka Food Bank khas untuk golongan susah

0 month ago, 12-Sep-2020

Terkenal dengan sifat pemurah dalam menyalurkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik, baru-baru ini pendakwah selebriti, Ustaz Ebit Lew telah mengambil satu lagi inisiatif baru dalam kerja amalnya.

Mempunyai 10 cawangan pasar mini Elewsmart di sekitar Lembah Klang, Selangor, Ustaz telah mengambil satu langkah baru dengan membuka FoodBank di setiap cawangan berkenaan.

Tujuan adalah untuk memberi kemudahan buat sesiapa sahaja golongan yang memerlukan, mendapatkan bekalan makanan tanpa perlu membayar.

Di setiap elewsmart ada FoodBank. Mereka yang benar perlu boleh ambil sahaja. Free je. Tanpa mengira bangsa dan agama

Semoga Ustaz Ebit terus dimurahkan rezeki dan niatnya untuk melaksanakan foodbank di semua cawangan pasarayanya menjadi realiti.

: Ebit Lew


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...
Save on your hotel - hotelscombined.com
Loading...

Live Website Traffic


loading...