EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Cuma Time Ambil Gambar & Makan.. Dikecam Tak Ikut SOP, Instafamous Jelaskan Hal Sebenar

0 month ago, 05-Apr-2021

Apabila bergelar selebriti media sosial, segala tindak tanduk sentiasa menjadi perhatian orang ramai. Sebagai seorang influencer, mereka harus menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada para pengikut.

Terbaru, Azfar Heri menerima kritikan selepas memuat naik beberapa keping foto menghadiri majlis persandingan Syamel dan Ernie. Dia didakwa tidak mematuhi prosedur operasi standart (SOP) apabila dilihat membuka pelitup muka.

Advertisement

Rata-rata mempersoalkan penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka sebagai tetamu di majlis tersebut. Namun, Azfar Heri menerusi ruangan balas menjelaskan dia hanya membuka pelitup muka ketika bergambar dan makan.

Jelasnya lagi, dia segera mencuci tangan dengan hand sanitizer sebelum memasuki rumah. Dia turut berterima kasih kepada orang ramai yang mengambil berat.

Cuma Time Ambil Gambar & Makan.. Dikecam Tak Ikut SOP, Instafamous Jelaskan Hal Sebenar first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...