EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Ambik Gambar Seorang Diri Di Pelamin Orang, Lelaki Single Ini Harap Cepat Bertemu Jodoh

0 month ago, 06-Apr-2021

Jodoh, ajal maut semuanya di tangan Tuhan. Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang sahaja dan Tuhan yang menentukan segalanya.

Malah, tiada siapa tahu bilakah kita akan bertemu jodoh. Jika kebiasaannya ada yang mencari jodoh menerusi aplikasi dating, namun anda boleh mencuba cara seperti lelaki ini.

Menerusi gambar tular di Twitter, lelaki bernama @muzaffaryazid cuba mencari jodoh dengan cara kreatif dengan memuat naik gambarnya sendirian di pelamin dan berpura-pura menjalani acara akad nikah serta mencium tangan isterinya.

https://twitter.com/muzaffaryazid/status/1378694290545594371

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan gelagat lelaki itu. Malah ada yang berseloroh mengucapkan tahniah di atas pernikahannya.

Dalam pada itu, menerusi satu status Muzaffar itu menjelaskan dia hanya mengacarakan sebuah majlis kahwin serta turut meminta orang ramai mendoakannya agar bertemu jodoh yang baik.

Memetik portal World of Buzz, Muzaffar berkata dia tidak menyangka gambar yang dikongsikannya itu tular. Malah, ibunya juga tidak menahan ketawa apabila melihat gambarnya kecoh sampai ke Facebook.

Ujarnya lagi, dia masih lagi solo dan tidak mempunyai ciri gadis idaman, asalkan wanita itu terima dirinya seadanya.

Bagaimanapun, Muzaffar berkata dia gembira dengan kehidupan single dan bersyukur masih mempunyai ibu bapa dan rakan-rakan di sekelilingnya.

SUMBER: World of Buzz



SUMBER : gulapop.com



Live Website Traffic


loading...