EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Di ambang kematian. Covid-19, jantung terhenti

0 month ago, 11-Jun-2021

Sekadar ambil iktibar saat-saat akhir pesakit Covid-19 yang di ambang kematian.

Bila saat kematian dirasakan, Allah sahaja yang tahu betapa resah dan gementar rasa jiwa.

Saya ingin share pengalaman tiga tahun lalu mengenai komplikasi kesihatan yang dialami dan memerlukan pembedahan.

Doktor sudah beritahu the rate of survival is at risk. Sepanjang hari saya beristighfar hingga tidak tidur kerana pembedahan jam 10 pagi keesokan harinya. Malam itu buat solat taubat serta berzikir.

Hanya mengharap keampunan-Nya

Solat Subuh ini mungkin terakhir buatku. Akan tiba masanya. Dalam fikiran beberapa jam lagi mungkin saya tiada lagi di dunia ini. Gementar rasa hati. Tidak dapat fokus kepada perkara lain lagi. Menunggu masa untuk dibedah.

Sebelum dihantar ke dewan bedah sekali lagi doktor beritahu pembedahan ini amat berisiko tinggi. Saya faham.

Bila sampai di dewan bedah doktor meminta saya saya sign beberapa dokumen. Lagi sekali mereka ingatkan saya pembedahan ini risiko amat tinggi pada jantung dan pada bila-bila masa akan berhenti semasa pembedahan. Saya faham dan bersedia.

Sebelum diberi bius, doktor bedah minta saya berdoa dan banyak-banyak beristighfar. Ketika itu saya dah tak ingat anak-anak, cuma fokus pada Allah dan amat mengharapkan keampunan-Nya. Bersedia untuk ke alam akhirat.

Jangan pandang ringan Covid-19. Deadly pandemic.

Pembedahan berjalan dari pukul 11 pagi hingga hampir 3 petang. Saya difahamkan pembedahan terpaksa dihentikan beberapa ketika kerana memberi kestabilan pada jantung yang sudah hampir straigthline. Saya difahamkan keadaan masa itu agak kritikal.

Namun semua ketentuan itu dari Allah.

Shukri ! Shukri!!! Buka mata. Nurse mengejutkan saya. Rupa-rupanya saya telah berada di recovery ward.

Kepala terasa berat cuma saya jawab balik yang saya okey sambil mengucapkan Alhamdulilah. Sedarlah saya pembedahan telah selamat.

Mesej saya nak sampaikan, hanya orang di ambang kematian sahaja yang rasa gementar. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Apatah lagi bila melihat pesakit Covid-19 di saat akhir diberi peluang untuk berbicara dengan keluarga melalui video call buat saya tersentuh.

Mereka tahu hanya beberapa detik sahaja lagi akan menghadap Allah. Di ambang kematian kerana tiada harapan untuk hidup.

Saya rasa apa yang mereka rasa. Jangan pandang ringan Covid-19. Deadly pandemic.

Shukri Abdul Muluk : Hanya orang yang di ambang kematian saja tahu bagaimana gementarnya perasaan ketika itu.

Oleh: Shukri Abdul Muluk

Facebook : Shoecree Cree



SUMBER : utusantv.com



Live Website Traffic


loading...