EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

20 Amaran Dalam Masa 6 Jam Terhadap Doktor Kontrak

1 month ago, 26-Jul-2021

Hartal Doktor Kontrak, penganjur mog0k pada hari ini, berkata lebih 20 amaran telah dikeluarkan dalam jangka masa enam jam terhadap doktor kontrak kerajaan yang merancang untuk mengambil bahagian dalam tindakan perusahaan itu.

Seorang wakil gerakan pekerja itu memaklumkan hal tersebut kepada Malaysiakini, dengan syarat enggan mendedahkan namanya untuk mengelakkan tindak balas kerajaan.

Katanya, dia merasa terkej0t dengan kecekapan pengarah hospital bekerja pada hari Ahad untuk menggagalkan mog0k yang menuntut jaminan yang lebih baik kepada doktor kontrak.

Dalam masa enam jam, kami mendapat lebih 20 ancman daripada hampir setiap pengarah hospital dan jabatan kesihatan negeri.

Ketika kami meminta sok/ngan mereka terhadap pender!taan kami, mereka semua membisu.

Tetapi tiba-tiba pada petang Ahad, mereka semua bergerak aktif dan bekerja (untuk menghentikan mog0k), katanya kepada Malaysiakini.

Kementerian Kesihatan juga telah berk0ngsi garis panduan di laman Facebooknya yang menekankan penjawat awam tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam perhimpunan haram.

Kata KKM, ini termasuk meninggaIkan tugasan pada waktu pejabat untuk melihat atau menyertai perhimpunan.

Tak dapat tawaran kerajaan jika terlibat hartal

Wakil Hartal Doktor Kontrak itu berk0ngsi dengan Malaysiakini, menunjukkan garis panduan sama diedarkan kepada doktor kontrak di Whatsapp untuk memberi amaran kepada mereka agar tidak menyertai mog0k tersebut.

Dia juga berk0ngsi perbualan Whatsapp yang menunjukkan pengarah hospital memanggil doktor kontrak yang disyaki akan menyertai tindakan perusahaan itu.

Malaysiakini juga melihat pemberitahuan oleh pihak pengurusan Hospital Ampang yang memberi amaran tindakan akan diambil terhadap mana-mana kakitangan yang menyertai mog0k tersebut.

Ia memberikan tiga alasan supaya doktor kontrak tidak ikut serta mog0k tersebut, iaitu: (1) perhimpunan tidak diizinkan ketika penutupan, (2) penjawat awam tidak diizinkan untuk terlibat dalam perhimpunan haram dan (3) mereka akan ditinggalkan jika kerajaan memut0skan untuk membuat sebarang tawaran.

Hospital juga mengarahkan semua ketua jabatan untuk memantau setiap doktor kontrak yang memut0skan untuk mengambil bahagian dalam mog0k tersebut dan mendokumentasikannya.

Ia juga meminta untuk memastikan supaya ada doktor ganti sepanjang ketiadaan doktor kontrak.

Solidariti doktor pakar

Dr Rafidah Abdullah, seorang pakar nefrologi di Hospital Putrajaya, memberikan sok0ngannya terhadap tindakan perusahaan itu walaupun dia bukan seorang doktor kontrak.

Perkhidmatan tidak akan terjejas. Mereka tidak akan tinggalkan kerja-kerja klinikal tanpa pengganti. Mereka profesional, tapi mereka bukan robot. Punya hati dan perasaan.

Saya sendiri akan buat kerja-kerja mereka. Bukankah lebih baik pakar perunding mengambil alih seketika, katanya.

Perkhidmatan TIDAK akan terjejas. Mereka tidak akan tinggalkan kerja-kerja klinikal tanpa pengganti. Mereka professional; tapi mereka bukan robot. Punya hati dan perasaan.

Saya sendiri akan buat kerja-kerja mereka. Bukankah lebih baik pakar perunding mengambil alih seketika?

— Dr. Rafidah Abdullah (@rafidah72) July 25, 2021

Rafidah juga mengambil maklum doktor kontrak berhadapan gngguan berhubung rancangan mog0k esok (hari ini) itu.

Di UK, mog0k doktor-doktor disok0ng oleh pegawai atasan dan institusi. Tapi di Malaysia, dit!ndas dan diug0t.

Kepada orang-orang awam, jangan bimbang. Esok (hari ini), jom kita sok0ng mereka. Yang ada urusan di hospital, kita pakai baju hitam ya, katanya lagi.

Doktor kontrak merancang melakukan tindakan mog0k secara walk out dengan berhenti tugas dan keluar beramai-ramai pada jam 11 pagi esok.

Pun begitu, Hartal Doktor Kontrak akan memastikan ada doktor ganti terhadap tugasan mereka manakala mereka dalam perkhidmatan penting akan kembali bertugas jika ada keperluan.

Doktor kontrak melobi jaminan pekerjaan dan prospek kerjaya yang lebih baik.

Doktor kontrak junior kerajaan berhadapan risik0 kehilangan pekerjaan setelah tamat lima tahun perhidmatan wajib mereka di hospital kerajaan.

Terdapat kekurangan jawatan tetap doktor di hospital awam kerana kekurangan peruntukan kewangan kerajaan.

Akibatnya, ramai doktor kontrak terpaksa berpindah ke sektor swasta atau meneruskan latihan kepakaran mereka di luar negara.

Selepas berbulan-bulan melobi, kerajaan pada Jumaat (23 Julai) menawarkan untuk melanjutkan kontrak mereka sehingga enam tahun tetapi masih tidak menawarkan jawatan tetap.

Namun, kerajaan berjanji untuk memastikan doktor kontrak juga menikmati faedah serupa dengan doktor tetap.

Hartal Doktor Kontrak menyifatkan tawaran kerajaan itu separuh masak menegaskan lanjutan kontrak bukan penyelesaian terhadap tuntutan mereka untuk jawatan tetap. – dipetik dari MYKMU, MK, Facebook KKM, Twitter

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! [email protected]Mytv Viral



SUMBER : mytvviral.com



Live Website Traffic


loading...