EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Jom Amalkan Diet Keto!

0 month ago, 25-Mar-2020

Apa yang paling penting, jika kamu mahu amalkan diet ini, kamu perlu konsisten, disiplin dan dont cheats!
Foto: Depositphotos

Diet ketogenik atau lebih dikenali sebagai keto menyarankan pengambilan makanan kadar karbohidrat/karbo yang sangat rendah, kadar protein sederhana, kadar lemak tertinggi untuk membakar lemak dengan berkesan. Ia membenarkan tubuh badan kamu menghasilkan molekul tenaga kecil yang dipanggil sebagai ketones sebagai sumber alternatif tenaga badan yang digunakan apabila darah gula (glukos) dalam keadaan bekalan sedikit.

Lagipun, pengambilan diet keto terutamanya amat berguna untuk mengurangkan lebihan lemak dalam tubuh tanpa rasa lapar dan juga bagus kepada mereka yang menghadapi diabetes melitus jenis 2. Tapi apa yang paling penting, tubuh kamu stay fit, bukan semata-mata untuk kuruskan badan.

Apabila tubuh menghasilkan ketones, ia akan mencapai metabolik yang dipanggil sebagai ketosis. Antara cara terbaik untuk mencapai proses ini adalah dengan berpuasa. Selain itu, bagi mencapai proses ketosis adalah elak makan karbohidrat yang banyak. Ingat ini: Lagi sikit carbo, lagi berkesan untuk mencapai ketosis, kurang berat badan dan diabetes melitus jenis 2 dapat dipertingkatkan. Kamu boleh tahu lebih lanjut pengambilan makanan diet keto dan sebaliknya di sini.

Tapi tidak dinafikan amalan diet ini juga ada kelemahannya supaya kamu tidak mengalami diet yoyo. Pastikan kamu lakukan diet ini dengan tepat. Nah, Cosmo kongsikan lagi beberapa panduan video kamu boleh rujuk. Good luck!


SUMBER : cosmopolitan.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...