EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Papa Mama Kena Amalkan Cium Di Empat Kawasan Tubuh Anak Setiap Hari Sebagai Rangsangan Positif

38 month ago, 03-Aug-2017

Ibu bapa mana yang tak sayangkan anak. Antara perkara yang kita selalu lakukan terhadap anak-anak sebagai salah satu tanda menzahirkan kasih sayang adalah memberi ciuman, pelukan dan sentuhan.

Sebenarnya mengikut ajaran Islam, ada cara yang betul patut ibu bapa amalkan apabila mencium dan menyentuh anak sebagai tanda kasih sayang seorang ibu dan ayah terhadap si anak.

Ciuman dan sentuhan kepada anak seharusnya ibu bapa berikan sejak anak itu lahir dan berterusan sehingga ke akhir hayatnya.

Menurut Datuk Dr Abdul Basit Abdul Rahman, Pensyarah Jabatan Syariah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra dan Mursyik di Pondok Sungai Durian, ada beberapa kawasan badan anak yang perlu ibu bapa cium setiap hari.

Dalam masa yang sama berikan sentuhan dan gosokan pada lima lagi tempat di anggota badan anak sebagai lambang kasih sayang dan rangsangan positif.

Ciuman kepada anak seharusnya dilakukan setiap hari sejak mereka lahir tanpa had waktu dan usia anak.

Empat ciuman yang mesti diberi pada anak

1. Ubun-ubun anak. Ia sebagai menunjukkan perasaan bangga kita terhadapnya sambil mendoakan supaya anak menjadi anak yang soleh dan solehah.

2. Di dahi anak. Ciuman ini menandakan kita reda dirinya sebagai anak kita. Rasulullah s.a.w pernah mencium di dahi anak baginda, Fatimah r.a.

3. Kedua-dua pipi iaitu sebagai tanda syauq (perasaan sayang dan rindu) kita terhadap anak.

4. Di tangan anak. Ia sebagai tanda mawadah wa hubb (kasih sayang) sebagaimana Rasulullah s.a.w juga selalu mencium tangan anakandanya Fatimah r.a.

Lima sentuhan kasih sayang kepada anak

1. Menggosok belakang kepala anak, sebagai tanda kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada anak. Anak yang menerima sentuhan ini juga akan merasa dikasihi dan dilindungi.

2. Menggosok atas kepala atau ubun-ubun sebagai satu cara menunjukkan kita berbangga padanya.

3. Menggosok atas dahi anak sebagai tanda syauq (sayang dan rindu) terhadap anak.

4. Menyentuh kedua belah pipi anak sebagai tanda mawaddah wa hubb (kasih sayang).

5. Memegang kedua tangan anak untuk menenagkan dia ketika nampak perasaannya kacau atau keliru.

Bila nampak anak menunjukkan kecenderungan membuat sesuatu yang tidak baik atau sedang marah,gosoklah dadanya untuk menenangakan.

: ragamanak

Layari laman web


SUMBER : majalahpama.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...