EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Saya nak ikut Amalina

0 month ago, 14-Sep-2020

NURUL Shahiera Najwa Mohamad (kanan) bersama rakannya di sisi kubur Nurul Muliani di Tanah Perkuburan Islam Alor Pongsu, Bagan Serai, semalam.                UTUSAN/WAT KAMAL HASAN


BAGAN SERAI: Saya nak berhenti sekolah, dah tak seronok belajar, saya nak ikut Amalina.

 

Kata-kata itu masih diingati Hasimah Awang 47, ibu kepada remaja perempuan Allahyarham Nurul Muliani Abdul Rashid, 16, yang maut bersama rakannya, Nor Rosalinda Salim, 18, dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Kilometer 118.6 Jalan Ipoh-Butterworth di sini semalam.

 

Menurut Hasimah, Nurul Muliani yang tinggal di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tasek Mutiara, Simpang Empat, Pulau Pinang menyatakan hasratnya itu baru-baru ini.

 

Katanya, anak keempat daripada enam adik-beradik itu mengatakan tidak mahu lagi tinggal di asrama dan mahu berhenti sekolah apabila balik kampung minggu ini.

 

Saya tanya kenapa nak berhenti sekolah. Dia beritahu hatinya sudah tak seronok nak belajar dan dia nak pergi ikut arwah kawan baiknya yang bernama Amalina.

 

Amalina adalah rakan karibnya (Nurul Mulian) semasa di sekolah rendah dan meninggal dunia bulan lepas setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kuala Kurau.

 

Walaupun amat sedih kehilangan anak tersayang, namun saya reda dengan apa yang telah berlaku, katanya ketika ditemui selepas pengebumian jenazah anaknya di Tanah Perkuburan Islam Alor Pongsu di sini semalam.

 

Terdahulu, jenazah Nurul Muliani disembahyangkan di Masjid Alor Pongsu di sini dan selamat disemadikan pada pukul 11:30 pagi.

 

Upacara pengebumian itu turut dihadiri oleh beberapa rakan sekolah Nurul Muliani.

 

Sementara itu, rakan karib Nurul Muliani, Nurul Shahiera Najwa Mohamad, 16, memberitahu, Khamis lalu, Nurul Muliani ada berpesan melalui seorang pelajar lain bahawa dia ada meninggalkan sepucuk surat dalam almari di sekolah.

 

Saya masih belum membaca surat itu. Saya amat sedih atas pemergiannya. Kami menginap sebilik di asrama dari tingkatan satu cuma pada tahun ini sahaja kami berlainan bilik, katanya ketika ditemui di sini semalam.

 

Dalam nahas kelmarin, Nurul Muliani dan kakak angkatnya, Nor Rosalinda maut apabila motosikal mereka melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di persimpangan lampu isyarat di Kilometer 118.6 Jalan Ipoh-Butterworth dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang.


UTUSAN ONLINE


SUMBER : penangkini.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...