EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Dr. Amalina Kecewa Gadis Diminta Buktikan Masih Dara Oleh Tunang

0 month ago, 09-Sep-2019

Doktor bedah popular, Dr. Amalina Bakri meluahkan rasa kesal diatas tindakan seorang lelaki yang bertanyakan tentang status dara tunangnya. Perkara itu dikongsikan oleh Amalina menerusi laman Twitternya baru-baru ini.

Menurut Amalina, ada seorang gadis bertanyakan padanya bagaimana atau mungkin ada pemeriksaan perubatan yang boleh dilakukan untuk membuktikan dirinya masih dara.

BACA: Tak Payah Air Detox, Dr Amalina Kongsi Tips Kekal Sihat

Menerusi perkongsian tersebut, Amalina berkata dia tidak percaya ada individu boleh bertanyakan soalan sedemikian. Malah apa yang lebih menyedihkan apabila tunang dan keluarganya mahukan bukti.

Seorang gadis bertanya saya soalan ini: Doktor, bagaimana saya nak buktikan kepada tunang dan family saya yang saya masih dara. Ada tak medical check-up untuk bagi bukti sebab diorang minta.
First of all, I cannot believe that someone would ask such thing.

Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) September 6, 2019

Bagaimanapun, Amalina memberitahu dia tidak mahu bercakap panjang mengenai isu tersebut dan hanya berkongsikan satu pautan artikel daripada Prof. Dr. Imelda mengenai selaput dara.

And it was really sad that her fianc and family would even ask for evidence! Anyways, Im not going to rant. ???????????
Heres an article from Prof Dr Imelda about selaput dara. pic.twitter.com/ZpHoscerwP

Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) September 6, 2019

Perkongsian Dr. Amalina itu mendapat perhatian netizen yang mengkritik tindakan lelaki itu. Malah, ramai yang meluahkan rasa kasihan terhadap gadis tersebut dan meminta untuk mencari kebahagiaan dengan lelaki lain.

Tidak kurang juga, netizen turut mengatakan tindakan lelaki itu sangat mengarut dan tak masuk akal kerana bagi pihak lelaki pula mereka tidak boleh buktikan masih teruna.

Dalam pada itu, ramai yang berterima kasih di atas perkongsian tersebut kerana ia sekaligus membuka mata kaum lelaki berkenaan isu status dara seorang wanita.

Kalau ikutkan ramai lelaki di luar sana masih kurang kesedaran mengenai perkara ini. Malah, ramai lelaki tak tahu mengenai bunting pelamin. Apa pun sebelum berkahwin, pastikan anda tahu semua perkara ini terlebih dahulu.

ARTIKEL BERKAITAN:
Guna Bahasa Melayu Broken Boleh Didenda RM1,000
Ini Istilah Baru Food Truck Dalam Bahasa Malaysia

Jangan lupa untuk ikuti kami diFacebookdanInstagram

Restoran Nasi Arab Bayar Seikhlas Hati?


SUMBER : vitdaily.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com