EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Dr Amalina Digelar Betina S*ndal & Jalang Gara-Gara Bidas Kenyataan Prof Muhaya

0 month ago, 11-Jun-2021

Doktor perubatan yang juga personaliti terkenal, Dr. Nur Amalina Che Bakri mendedahkan bahawa dirinya teruk dikecam di laman Instagram berikutan membidas kenyataan pakar motivasi, Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad mengenai isteri perlu bersikap kurang bijak di hadapan suami.

Terima Kecaman Melampau!

Menerusi tangkap layar kecaman-kecaman yang dikongsi Amalina di laman Twitter nya, Pelatih Pakar Bedah ini meminta orang ramai untuk membuat laporan di Instagram terhadap akaun-akaun tersebut berikutan ada diantara kecaman tersebut menyentuh sensitiviti dan disifatkan sebagai melampau. Ini termasuklah kecaman yang menyamakannya sebagai perempuan jalang hanya kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan daripada Amalina.

IKLAN

Saya ingin meminta bantuan anda semua. Mohon laporkan akaun-akaun Instagram ini. Terima kasih. tulis Amalina

Amalina Jadi Perhatian Media

Dalam pada itu, dia juga meluahkan rasa terkilan kerana seolah-olah dijadikan punching bag susulan kenyataan itu walaupun ramai lagi individu terkilan mengeluarkan kenyataan dan pendapat yang sama.

Kenyataan bahawa ramai individu termasuk doktor dan orang terkenal lain memberikan pendapat yang serupa, tetapi kemudian Dr. Amalina juga mendapat perhatian oleh media dan dijadikan punching bag. Sudah nasib, tulisnya lagi

Please can I ask you guys a favour. Can you please report these IG accounts. Thank you. pic.twitter.com/YQfq8plw6W

Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) June 10, 2021

Biarpun begitu, Amalina berpesan kepada wanita untuk menjadi versi yang terbaik dan kekal menjadi diri mereka sendiri. Terdahulu,Murai.my melaporkan Amalina membidas kenyataan Muhaya mengenai seorang wanita perlu menjadi bodoh-bodoh sedikit jika mahu cepat bertemu jodoh. Ujarnya, wanita tidak perlu merendahkan martabat diri untuk berkahwin.

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini.



SUMBER : murai.my



Live Website Traffic


loading...