www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Alonso kebanggaan Sepanyol

0 month ago, 11-Jan-2019


BEKAS juara dunia, Fernando Alonso boleh berasa bangga apabila mengakhiri kariernya selama 18 tahun dalam perlumbaan Formula 1 (F1) pada penghujung musim lalu.

Menurut Alonso, kejayaannya membawa F1 sebagai salah satu sukan utama di Sepanyol selain menjadi antara tokoh sukan ternama di negara kelahirannya itu merupakan satu pencapaian terhebat sepanjang kariernya.

Sebagai rekod, Alonso muncul juara dunia F1 pada musim 2005 dan 2006 dengan merekodkan 32 kemenangan Grand Prix ketika mewakili pasukan Renault.

Kejayaannya selama dua musim berturut-turut itu menyaksikan Alonso muncul sebagai satu-satunya pemandu merangkul kejuaraan dunia F1.

“Saya berasa cukup bangga. Anda boleh lihat masa sudah berubah dan kini ramai warga Sepanyol mengikuti secara dekat sukan F1. Ada juga kanak-kanak yang sudah mula terlibat dengan sukan go-kart.

“Bukan hanya F1, penduduk di negara saya sudah mula mengikuti dan mengambil tahu tentang sukan-sukan permotoran yang sebelum itu bukan menjadi satu tradisi di Sepanyol.

“Tiada siaran langsung (perlumbaan F1) pada tahun 2001, 2002 dan saya fikir semuanya bermula pada pertengahan 2003. Ia sesuatu yang tidak pernah dijangka sekarang apabila F1 menjadi antara sukan kegemaran di Sepanyol.

“Situasi itu yang menjadikan saya cukup berbangga kerana tiada siapa sangka ia akan berlaku,” kata Alonso yang mengakhiri kariernya dalam F1 bersama pasukan McLaren musim lalu.

Pada 2005, Alonso telah menerima anugerah khas iaitu Premio Principe de Asturias daripada kerajaan Sepanyol hasil kejayaannya meraih gelaran sulung F1.

Alonso kebanggaan Sepanyol Sukan Sinar.




SUMBER : sukansinar.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts