EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Almond Bersalut Coklat, Sukatan Mudah Buatpun Senang. Sesuai Untuk Yang Baru Cuba Buat Kuih Raya

0 month ago, 06-Apr-2021

Kalau baru-baru cuba nak buat kuih raya, boleh mulakan dengan ini ya. Almond bersalut coklat.

Sukatannya mudah dan cara buat tak susah. Confirm menjadi dan paling penting, sedap. Ini kuih yang bakal habis dulu!

Jika nak cuba, ada langkah demi langkah yang dikongsi oleh Ameera supaya mudah untuk kita ikut.

Cara buat almond bersalut coklat

  1. Goreng almond tanpa minyak. Api sederhana, dan kena selalu kacau. Sukatan almond 400 gram.

2.Selepas goreng masukkan dalam oven pula. Suhu 150 darjah celcius untuk 20 minit. Kena rajin buka pintu oven dan kacau supaya semuanya rangup.

Dah siap bakar, rangup sungguh.

3. Seterusnya ambil 6 pek coklat bar untuk sukatan 400 gram almond tadi. ak coklat bar tadi dalam mangkuk yang tahan panas.

4. Bawah periuk letak air yang sedang mendidih. Kacau coklat sampai cair. Dah cair begini ketepikan dalam 15 minit. Tunggu coklat sejuk.

5. Bila coklat dah sejuk, masukkan almond untuk digaul. Almond ini kena masukkan waktu coklat sejuk supaya ia kekal ranggup. Kacau sebati.

6. Sudukan adunan tadi atas tray atau dulang. Kemudian masukkan dalam peti ais rak biasa, sejukkan selama 20 minit.

Dah siap!

Susun dalam balang, letak luar pun boleh, tak cair asal jangan letak bawah matahari.

Selamat mencuba!

:Ameera

 

Almond Bersalut Coklat, Sukatan Mudah Buatpun Senang. Sesuai Untuk Yang Baru Cuba Buat Kuih Raya Vanilla Kismis.



SUMBER : vanillakismis.my



Live Website Traffic


loading...