EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Allah, Ramainya Macam Beratur Nak Naik Bas Viral Video Dikatakan Pesakit Covid19 Baru Datang Di Dewan MAEPS Bikin Gusar

0 month ago, 12-Jan-2021
save 2.0

Viraldi Twitter sejak malam semalam sebuah video yang menunjukkan suasana dalam sebuah dewan di mana ramai orang dilihat beratur dengan membawa beg masing-masing dan memakai pelitup muka.

Melaluivideoitu juga, beberapa petugas kesihatan memakai set PPE lengkap juga turut kelihatan selain banyak katil double decker berada di dalam dewan yang sama.

Kata individu tersebut video itu dia dapat darigroupWhatsapp dan dewan itu dipercayai di MAEPS. Tujuannya berkongsi adalah untukspread awarenesssupaya rakyat tidak leka dengan kes yang semakin meningkat setiap hari.

Video itu turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil di mana dia memohon Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham untuk membuat pencerahan dan penjelasan sama ada informasi tersebut sahih atau sebaliknya.

Pohon sedikit pencerahan & penjelasan dari @DGHisham @JemilahMahmood jika ada info sahih, ini di mana, apa yang sebenarnya sedang berlaku.@KKMPutrajaya https://t.co/UpDMKaQe4C

Fahmi Fadzil #BantahDarurat (@fahmi_fadzil) January 8, 2021

Beliau turut memohon agar Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menceritakan apa sebenarnya yang berlaku. Melalui tweet beliau juga, seorang pengguna Twitter ada memuat naik sebuah lagi video suasana di sebuah dewan yang menunjukkan ianya dipenuhi dengan katildouble decker.

Ramai yang tertanya-tanya sama ada orang ramai yang beratur itu adalah individu yang menunggu giliran untukcheck inatau sudah dibenarkandischarge.

Bagaimanapun, video tersebut semestinya menimbulkan kerisauan dan kegusaran netizen yang ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku di belakang tabir berkenaan kes Covid-19 di negara kira.

kredit lobak merah



SUMBER : karteldakwah.com



Live Website Traffic


loading...