EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Allah Lapangkan Pintu Rezeki Bila Saya Mula Tidak Berkira Dengan Adik-Beradik

0 month ago, 11-Nov-2019


Bila adik-beradik bergaduh sebenarnya telah hilang rahmat Allah dalam keluarga sebab itu pentingnya menjaga hubungan dengan adik-beradik. Kalau kita tengok ada yang adik-beradik kita susah sikit dan Allah bagi kita rezeki lebih, bantulah adik-beradik kita. Sebaik-baik sedekah adalah kepada ahli keluarga yang terdekat kata nabi saw.

Saya pernah berbual dengan seorang jutawan di Bangi saya tak nak tag nama dia. Nama dia Haris. Baru berumur 40 tahun lebih tapi kaya-raya. Rumah besar nak mati, suka bantu orang. Banyak bagi pendapat dan bantu saya. Dia kata,

KHALIL, SAYA DULU AGAK BERKIRA DENGAN ADIK-BERADIK. WALAUPUN SAYA KAYA. TAPI BILA DAH KENAL AGAMA SIKIT-SIKIT NI. HIDUP SAYA BERUBAH BANYAK. SAYA BANYAK BANTU ADIK-BERADIK.. 

RUPA-RUPANYA ALLAH BAGI LAGI BANYAK PADA SAYA BILA SAYA MULA TAK BERKIRA DENGAN ADIK-BERADIK SAYA. JADI KHALIL KALAU ADA ADIK-BERADIK SUSAH BANTULAH MEREKA. TENGOKLAH ALLAH BAGI REZEKI KAT MELIMPAH-RUAH.


Terus teringat kata seorang Ustaz,

SALAH SATU PUNCA HIDUP KITA SEMPIT, SUSAH SEBAB PUTUSKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM DENGAN AHLI KELUARGA.
Ya Allah! Takutnya

Sedih melihat ada adik-beradik yang tak bertegur sapa selama bertahun-tahun. Sebenarnya kalau kita pergi minta maaf dengan adik-beradik kita walaupun kita tak salah. Allah akan tinggikan darjat kita. Tak hina orang yang meminta maaf.

Ustaz saya kata,

KITA CEPAT MAAFKAN ORANG DEKAT DUNIA NI, ALLAH MUDAH MAAFKAN KITA DI AKHIRAT NANTI

Ya Allah, jadikanlah kami adik-beradik yang akan bersama dalam syurga nanti. Ya Alllah, rapatkanlah hubungan kami adik-beradik. Rahmatilah kami adik-beradik. Ya Allah, ampunilah dosa adik-beradik kami. Kalau mereka ada buat salah pada kami. Amin.

Share dan tag pada adik beradik kita, bagitahu dia yang kita sayang dia. Sama-sama aminkan doa di atas.

: Ema Azi



Live Website Traffic


loading...