EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Moga Allah kurnia kesembuhan yang sempurna Warganet titip doa buat Fedtri Yahya

0 month ago, 17-Sep-2020

PENGACARA dan penulis lirik terkenal, Ahmad Fedtri Yahya,39, selesai menjalani pembedahan akibat kemalangan, malam tadi.

Menerusi laman sosialnya, isteri Fedtri, Nurul Anati Ismail, 35, memohon orang ramai mendoakan suaminya.

Assalamualaikum. Suami saya, Ahmad Fedtri Yahya, terlibat dalam kemalangan dan selesai menjalani pembedahan malam tadi.

Banyak kecederaan di muka. Semuanya sudah dijahit sempurna. Alhamdulillah. Doakan yang terbaik untuk kesembuhannya, katanya.

Artikel berkenaan: Petua guna garam dan lada hitam, buang toksik dalam badan Ahmad Fitri Yahya

Ramai warganet dan rakan artis turut mendoakan kesihatan Fedtri antaranya Lah Ahmad, Wany Hasrita, Heliza Helmi, Alif Satar dan Norish Karman.

Doa kesembuhan membanjiri ruangan komen status di laman sosial itu antaranya:

Zuha Akmal- Semoga cepat sembuh & diberikan kekuatan buat Fedtri yahya & juga kluargaAamiin

Sharipah Khatijah Moga Allah kurnia kesembuhan yg sempurna.

Wan Saliza Zami w.salamsemoga tabah dan sabar dlm menghadapi ujian yg dberikansemoga cepat semboh

Norbeehayah Hashim Syafakallah Fedtri Yahya..semoga dipermudahkan segala urusan.Aamiin

Shahista Ihsan semoga diberi kesembuhan buat fedtri yahya dan kesabaran buat isteri serta anak2aaminn

Hazril Malek ShafakAllah semoga cepat sembuh. boleh beraksi kembali di kaca tv. semoga dipermudahkan segala urusan.

Nur Nirmala Semoga cepat recovery,dan byk byk isirehat dan Diberi kesembuhan buat saudara FEDTRI

SinarPlus turut mendoakan kesembuhan Fedtri dan dimudahkan dalam segala urusan.

Post Views: 196


Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...