EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Apa lagi ni Aliff...

0 month ago, 13-Jan-2020

PELAKON dan penyanyi Aliff Aziz, 29, buat masalah lagi apabila tular video terbarunya bertengkar mulut dan hampir bergaduh yang dipercayai berlaku di Singapura baru-baru ini.

Dalam video berkenaan, penyanyi Sayang Sayang itu berada di luar sebuah restoran sambil melepaskan kemarahan kepada individu lain.

Video berdurasi 1 minit 30 saat yang dirakam seorang individu dalam kereta mula tersebar di aplikasi WhatsApp sejak pagi tadi dan sudah mula dikongsikan di Facebook.

Menerusi video itu turut memaparkan Aliff membuka zip seluar dalam cubaan untuk menunjukkan kemaluannya sambil mengeluarkan kata-kata kurang senonoh.

Turut kelihatan beberapa individu cuba menenangkannya namun jelas penyanyi berkenaan tidak dapat mengawal dirinya.

Bagaimanapun, butiran terperinci insiden itu tidak jelas kedengaran selain kata-kata kesat semata-mata.

Pada November lalu, Aliff ditahan polis di Singapura kerana didakwa menganggu ketenteraman di tempat awam dalam keadaan mabuk.

Menerusi laporan portal Berita Mediacorp, Pasukan Polis Singapura (SPF) mengesahkan penangkapan terbabit selepas penyanyi itu didapati bergaduh dengan seorang lelaki kira-kira jam 6.40 pagi di kawasan Orchard Road.

Beberapa hari kemudian, dia membuat penjelasan bahawa kejadian berkenaan terlalu berat untuknya jelaskan menerusi sebuah video yang dimuat naik ibunya, S Hafiz Basharahil di Facebook.

Saya pun tak ingat apa yang terjadi waktu itu. Saya juga tak nak jelaskan lebih lanjut sebab sudah banyak cerita yang keluar.

Apa boleh dikatakan, ia sangat berat untuk saya secara spiritual mahupun mental. Tapi, Insya Allah, selagi bernyawa saya akan teruskan hidup, katanya.

Sementara itu, usaha Harian Metro untuk menghubungi Aliff tidak berjaya.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...