www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Aliff Syukri Muat Naik Video Bersama Wanita Dipanggil Hodoh Di GV5, Akui Hanya Gimik

0 month ago, 07-Nov-2018


Dikecam teruk daripada setiap sudut atas kelancangan kata-katanya menggelar seorang perempuan hodoh untuk dijadikan testimoni produk pemutih kulitnya, Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya memuat naik satu video penjelasan berkaitan insiden kontroversi yang berlaku di GV 5 hujung minggu lalu.

Semua yang berlaku sudah dirancang terlebih dahulu, bahkan wanita itu juga mengakui beliau telah bersetuju untuk dijadikan model agar Aliff dapat membuat demo produknya itu bagi tujuan pemasaran. Mereka berdua tidak mempunyai sebarang masalah langsung mahupun timbul isu kecil hati.

Pada masa yang sama, Aliff turut memohon maaf atas khilafnya itu terpulanglah kepada netizen jika ada yang masih mahu mengecam dirinya.

Terdahulu, bukan sahaja netizen tetapi ramai juga selebriti menyuarakan pendapat serta menegur tindakan Aliff itu yang salah dan agak melampau. Tidak perlu untuk menghina rupa paras mahupun warna kulit seseorang hanya untuk mempromosikan sesuatu produk. Gunalah cara yang lebih berhemah.



Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts