www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Aliff Syukri Hadiahkan Isteri RM5 Juta Jika Dapat Dua Anak Perempuan

0 month ago, 13-Feb-2019




Baru saja menjengah tahun 2019, boleh dikatakan usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri bebas daripada sebarang kontroversi panas. Jika anda mengikuti akaun Instagram Aliff Syukri, beliau kini sibuk dengan perniagaannya dan banyak berkongsikan gambar bersama keluarga.

Umum mengetahui, Aliff Syukri sememangnya seorang yang sangat pentingkan keluarga dan seorang bapa penyayang.

Meskipun sudah mempunyai empat cahaya mata dan seorang anak angkat, Aliff memberitahu beliau akan menghadiahkan wang tunai RM5 juta kepada isterinya jika melahirkan dua lagi cahaya mata perempuan.



Perkara itu dikongsikan oleh ibunya sendiri, pengasas produk kecantikan Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim menerusi akaun Instagramnya.

Menerusi video yang dikongsikan, Rozita secara berseloroh mengharapkan cucu lagi daripada Aliff Syukri dan Nur Shahida.



Beruntung badan dapat suami seperti Aliff Syukri. Mungkin Aliff Syukri sekadar bergurau, tetapi jika benar pun tiada salahnya untuk memberi penghargaan kepada isteri yang bersusah payah mengandung dan melahirkan zuriat.

: rotikaya

copyright 2018 All rights reserved

BLOGMAZEER.COM



SUMBER : viralpurba.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts