EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Aliff Syukri bantu gadis 200kg untuk hilang berat badan

0 month ago, 06-Nov-2019

Bila bercerita tentang bentuk fizikal, ramai berhasrat bagi memiliki badan yang kelihatan ideal serta langsing baik lelaki ataupun wanita.

Namun jika tidak dikawal, berkemungkinan akan berhadapan dengan risiko pelbagai penyakit apatah lagi sekiranya tidak bergiat aktif bagi melakukan senaman.

Baru-baru ini, usahawan kosmetik Dato Sri Aliff Syukri berkongsi kisah seorang gadis yang mempunyai masalah berat badan berlebihan.

Gadis dikenali sebagai Wani yang berusia 22 tahun itu mempunyai berat sebanyak 220 kilogram sehingga sukar bergerak bagi melakukan aktiviti harian.

Banyak perkembangan yang berlaku selepas dibawa ke hospital, malah pengasas DHerbs itu bercadang untuk Wani menyertai program terbaru beliau iaitu Akademi Comel.

Walaupun gadis itu menghadapi komplikasi bagi melakukan aktiviti tidak seperti peserta lain tetapi usahawan tersebut akan menyediakan jurulatih fisioterapi untuk membantu setiap hari.

Korang doakan Wani ok sebab dekat akademi ni kena jaga makan semua! baru tadi saya bebel dgn Wani sebab trainer bagitahu saya dia curi-curi makan nasi ayam bila tgh malam.

Mungkin Wani akan tersinggung dgn cara saya tapi saya nak dia sihat dan boleh uruskan diri dan saya yakin Wani akan kurus, ujarnya.

Posting berkenaan mendapat pelbagai reaksi pengikutnya yang rata-rata menyokong usaha Wani dalam menurunkan berat badan dan berharap akan dipermudahkan segala urusan.

: Aliff Syukri

Komen


SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...