EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Alhamdulillah, Tak Bersalah Fara Mendoza Dapat Semula Barang Lepas Diambil SPRM Untuk Siasatan

0 month ago, 21-Nov-2020

Sekitar Oktober lalu, nama pelakon Fara Mendoza sering disebut oleh netizen selepas dia telah dikaitkan dengan kes penggubahan wang haram sehingga rumahnya digeledah, barangan peribadinya dirampas serta akaun bank miliknya telah dibekukan untuk siasatan lanjut.

Pada 20 November lepas, sekali lagi Fara telah memuat naik beberapa Instagram story miliknya menunjukkan dia sedang berada di dalam kawasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut Instagram story itu dia memberitahu bahawa dia telah dipanggil ke sana tetapi tidak diberitahu atas tujuan apa.

Menerusi story itu menunjukkan Fara telah mendapat semula telefon bimbit miliknya dan beberapa lagi barangan peribadi yang telah menjadi salah satu daripada bukti kes siasatan berkenaan.

Alhamdulillah, syukur terbukti tak terlibat. Tak semestinya dipanggil SPRM kau bersalah. Biar pihak atasan buat kerja, hanya untuk bantu siasatan.

Sebelum ini dia juga pernah dipanggil ke SPRM pada 1 Oktober lalu bagi membantu siasatan selepas namanya turut dikaitkan dalam kes tersebut selepas kemewahan yang dimilikinya menjadi tanda tanya ramai netizen.

Semoga semuanya baik-baik sahaja dan kes ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin.

"Alhamdulillah, Tak Bersalah" Fara Mendoza Dapat Semula Barang Lepas Diambil SPRM Untuk Siasatan first appeared on Hot FM.



SUMBER : hotfm.com.my



Live Website Traffic


loading...