www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Paco Alcacer Wira Kemenangan Borussia Dortmund Atasi Bayern Munich Dalam Der Klassiker

0 month ago, 10-Nov-2018


Der Klassiker adalah perlawanan yang paling mencuri tumpuan dalam kalendar bola sepak Jerman. Ianya mempertemukan Borussia Dortmund dengan Bayern Munich.

Der Klassiker pertama dalam Bundesliga berlangsung di Signal Iduna Park. Perlawanan yang lebih dikuasai oleh Bayern Munich pada separuh masa pertama dari segi penguasaan bola. Bayern Munich mencipta lebih banyak peluang pada separuh masa pertama.

Jadon Sancho dan Marco Reus memberikan masalah kepada Bayern Munich yang membuka ruang sangat selesa di bek sisi mereka. Memaksa Franck Ribery beberapa kali turun bertahan mengejar Sancho. Masalah utama Dortmund pada separuh masa pertama terlalu banyak hilang bola dan hantaran lemah pada fasa serangan balas mereka.

Bayern Munich di hadapan pada minit ke-26 menerusi Lewandowski yang tidak dikawal berada di celah-celah 2 bek tengah BvB. Beliau menanduk masuk hantaran Serge Gnabry.

Pada separuh masa kedua Marco Reus membalas gol tersebut pada minit ke-49. Namun Lewandowski kembali meletakkan pasukkannya di hadapan pada minit ke-52 menyempurnakan hantaran Joshua Kimmich.

Borussia Dortmund memperbaiki rentak permainan mereka. Lebih banyak ancaman bahaya dilakukan. Dortmund memiliki beberapa siri peluang selepas itu. 2 daripadanya adalah dari jarak sangat dekat dan dikeluarkan oleh pertahanan lawan di atas garisan.

Dalam hati para penyokong Dortmund mungkin ada yang menganggap bahawa malam tersebut bukan malam mereka.

Reus yang beberapa kali terlepas peluang keemasan menebus kesilapannya dengan satu gol cantik pada minit ke-67. Hantaran silang deras yang rendah daripada ?ukasz Piszczek disambar dengan sangat baik oleh Reus.

reus

Pada minit ke-59 penyerang sensasi mereka musim ini Paco Alcacer dimasukkan. Hanya 3 minit di atas padang, beliau menjaringkan gol ke-3 untuk Dortmund. Pertama kali mereka di hadapan dalam perlawanan ini.

Satu serangan balas yang cantik dilancarkan Alcacer menewaskan Neuer dalam keadaan 1 lawan 1. Kredit juga kepada Axel Witsel yang mencipta peluang gol tersebut.

Dortmund with a ridiculous three-pass counter-attack. pic.twitter.com/JhP2pjnHbR

MUNDIAL (@MundialMag) November 10, 2018

Lewandowski terlepas 2 peluang untuk melakukan hatrik kerana ofsaid. Salah satu daripadanya pada masa kecederaan separuh masa kedua. Perlawanan tamat Borussia Dortmund menang 3-2. Ini adalah Der Klassiker pertama untuk Lucien Favre dan Niko Kovac sebagai pengurus.

18 Dortmund have scored 18 goals by substitutes in all competitions this season, thats at least ten more than any other team in Europes top 5 leagues. Quality. @BlackYellow #BVBFCB #Bundesliga pic.twitter.com/obdGGGFWJ7

OptaFranz (@OptaFranz) November 10, 2018

Kemenangan ini meletakkan Borussia Dortmund kekal di tangga teratas dengan 7 mata di atas Bayern Munich yang berada di tangga ke-3.

Dalam satu lagi sepak mula yang lebih awal Borussia Mochengladbach mencipta kemenangan. Sekaligus berada di tangga ke-2 dengan menjarakkan diri mereka 3 mata daripada Bayern Munich.


SUMBER : semuanyabola.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts