EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Ini Alasan Kenapa Orang Korea Sayang Sangat Dengan Penyanyi IU

4 month ago, 15-May-2019

Dialah penyanyi #1 di Korea Selatan.

Mungkin ada yang tidak bersetuju tapi percayalah sesuatu tentang IU membuatkan dia sungguh istimewa di hati rakyat Korea visual, muzik, lakonan, personaliti, segala serba-serbi penyanyi muda ini sangat unik dan menarik. Malah, penulis yang perempuan jatuh cinta bila mendengar alunan suaranya yang cukup membuaikan perasaan. IU tidak perlu koreografi mantap atau fesyen seksi, tetapi memadai mikrofon dan hanya berdiri sahaja, dia mampu memukau penonton.

Panjang lebar Wanista senaraikan sebab di bawah ini.

Muzik

Sudah tentu sebab utama kejayaan IU adalah kerana dia membuat muzik yang hebat. Bukan sahaja dia mempunyai suara unik bagaikan bidadari kayangan, tetapi dia juga seorang yang genius dalam menghasilkan sesuatu muzik. Bermula dari penulisan lirik, secara perlahan IU mula menghasilkan lagu sendiri. Dengan lebih banyak mega hits berbanding artis lain, setiap lagu IU pasti mendapat tempat di carta Korea sepanjang masa.

Bukan itu sahaja, IU juga membuktikan dia boleh menakluki mana-mana genre. Tidak seperti kumpulan idol, yang cenderung menyesuaikan dengan diri dengan genre yang lebih muda dan mengikut trend, muzik IU mencapai semua kumpuan usia dan demografi. Sebagai contoh, walaupun terkenal dengan muzik gaya indie, dia juga mampu menyelitkan genre terkini seperti EDM.

Aura

Paling jelas ialah IU miliki aura yang membuatkan ramai mahu mengenalinya menerusi lagu dan suara. Suaranya boleh memukau, tetapi kehadirannya sahaja dapat menawan penonton. Sebagai contoh, ketika dia mendendangkan lagu klasik Neoui uimi, penonton terpikat malah turut menyanyi bersama sedangkan dia hanya duduk dan menghayati setiap bait lirik dengan alunan suara memikat, tidak lupa senyuman manis.

Personaliti

Bukan setakat hebat dalam muzik, IU juga membuktikan personaliti unik dimiliki mampu menarik ramai produser variety. Dengan sikap selamba, bersahaja, kelakar, tidak dijangka, dia sentiasa menjadi sasaran produser rancangan aneka ragam Korea. Menurut beberapa rakan artis yang pernah bekerjasama dengan IU menjelaskan IU berkawan dengan semua orang dan seorang yang baik hati dan akan membantu mereka sebaiknya. Sebagai contoh menerusi kolaborasi lagu dan sebagainya.

Visual

Dah nama artis, tentu sahaja visual seseorang itu penting. Iyelah kita mahu melihat mereka, jadi rupa sedap mata memandang memang memainkan peranan. Bukan sahaja IU berbakat besar, tetapi dia juga miliki visual yang agak kuat di Korea Selatan, visualnya seiring Suzy, SNSD Yonna, Sulli, mahupun Sandara Park. Dengan kulit putih bersih, bertubuh genit kecil molek dan senyuman manis, tidak hairanlah dia penyanyi wanita pujaan rakyat Korea. Pada yang tak tahu, IU merupakan wanita idaman BTS Jungkook!

Drama

Pernah tonton drama lakonan IU? Selepas debut menerusi Dream High bersama bintang-bintang hebat sepertiKim Soo Hyun, Suzy, dan Taecyeon 2PM, IU mula menjadi perhatian produksi yang ingin melamarnya membintangi drama mereka. Beberapa karya terbaik IU termasuklah Youre The Best Lee Soon Shin, Producer, dan Moon Lovers Scarlet Heart: Ryeo.Drama terakhirnya, My Mister, telah mendapat pengiktirafan profesional kerana mutu lakonan yang cemerlang dan penceritaan tragis.

Hebat penangan IU. No wonder dia dianggap sebagai penyanyi wanita terhebat sepanjang zaman, memang legend habis.

BACA Diawalkan 7 Bulan, Maleficent 2 Sah Tayang Oktober Tahun Ini!

SUMBER : wanista.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com