EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Alahai kambing...

0 month ago, 11-Sep-2020

Washington: Urusan Timbalan Sheriff Daerah Georgia terganggu selepas keretanya dimasuki seekor kambing.

Metro UK melaporkan, haiwan itu memasuki kereta peronda selepas pegawai berkenaan membiarkan pintu kenderaan terbuka sewaktu pergi ke rumah penduduk setempat untuk menyerahkan dokumen sivil.

Kisah itu mendapat perhatian warganet selepas video berkaitan dimuat naik di laman Facebook (Fb) polis.

Menerusi rakaman video yang tular, pegawai itu dilihat cuba mengusir kambing berkenaan keluar daripada kereta peronda.

Walaupun begitu, haiwan berkenaan kelihatan degil malah sempat menggigit dokumen ditinggalkan pegawai berkenaan di dalam kereta selepas keluar daripada kenderaan.

Menurut pegawai berkenaan, dia membiarkan saja pintu kereta terbuka kerana perlu pergi ke beberapa rumah pada hari berkenaan.

Beliau tidak menyangka kenderaannya akan dimasuki kambing berkenaan hingga keadaan jadi huru-hara.

Namun, dia dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan susulan insiden itu.

Rata-rata warganet terhibur dengan keletah pegawai dan kambing itu selepas menonton video berkenaan.

Seorang daripadanya memberi idea supaya pegawai berkenaan memberi alasan dokumen kerjanya dimakan oleh kambing selepas pulang ke pejabat.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...