EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

4 Aktiviti Menarik Yang Korang Boleh Cuba Di Kelantan

0 month ago, 12-Jan-2021
save 2.0

Kelantan merupakan sebuah negeri yang sangat terkenal dengan makanan-makanan sedap yang murah harganya. Malah, kebanyakan kaki travel datang ke Kelantan hanya untuk jalan-jalan cari makan tau. Tapi korang tahu tak ada banyak aktiviti menarik sebenarnya yang korang boleh buat di Kelantan ni, jom lihat 3 lokasi menarik yang korang boleh pergi di negeri ni.

 

1) Naik Perahu Kolek Di Pengkalan Datu

Perahu kolek ni merupakan salah satu bot tradisional Melayu Kelantan yang digunakan untuk memancing ikan pada zaman dahulu. Ada juga yang berpendapat bahawa bot ni sebenarnya datang dari Pattani, Thailand. Bot ini sangat terkenal dengan warna dan design yang diperbuat dari kayu cengal. Untuk naik bot ni, korang boleh pergi ke Cerana Villa Resort dan Floating Restaurant pada hari sabtu. Bayar RM 5 je tau. 

 

2) Lawati Kompleks Gua Ikan Di Dabong

Lokasi ini mempunyai beberapa gua batu kapur namun yang dibuka untuk orang awam hanyalah Gua Ikan, Gua Pagar, Gua Gelap, dan Gua Keris. Gua batu kapur di sini berusia lebih dari 150 juta tahun tau dan mempunyai pembentukan stalagmite dan stalactite yang sangat cantik. Korang juga boleh lihat fenomena 'God's Light' di Gua Keris. Memang epik untuk bergambar.

 

3) Bergambar Di Pantai Senok 

Digelar sebagai Pulau Nami Kelantan, lokasi ini mempunyai susunan pokok yang memberi gambaran seolah-olah korang berada di Korea tau. Malah orang Korea sendiri keliru apabila melihat gambar yang diambil di Pantai Senok ni. Terdapat beberapa gerai makanan dan minuman untuk pelancong datang dan rehatkan diri sambil menikmati pemandangan indah. 

 

4) Melawat Collectibles Museum (CM) Di Kota Bahru

Muzium ini sangat best untuk collector-collector di luar sana. Mempunyai lebih dari 40,000 barang, muzium ini dah dibuka dari tahun 2018 oleh Tengku Puan Laksamana Kelantan Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Sharifah Azwan Tuanku Syed Putra Jamalullail. Ada banyak koleksi dari Hot Wheels, miniature, barangan replika yang digunapakai dalam Senario XX dan macam-macam lagi la. Kena datang tengok.

Banyak Sebenarnya Tempat Menarik Di Kelantan

Kan dah kata tadi, selain makanan sedap dan murah, Kelantan juga ada banyak lokasi menarik dan best tau. Jadi kalau korang pergi ke Kelantan pada masa akan datang, jangan lupa untuk singgah di lokasi-lokasi ni okay? Have fun!



SUMBER : rileklah.com

Save on your hotel - hotelscombined.com

Live Website Traffic


loading...