EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Aktiviti masjid, surau di Pulau Pinang ditangguhkan

0 month ago, 14-Jan-2021
save 2.0

Solat fardu dan Jumaat bagi orang awam antara aktiviti masjid yang ditangguhkan di Pulau Pinang susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini sehingga 26 Januari depan.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, selain itu, akad nikah dan ceramah agama juga ditangguhkan.

Bagaimanapun, beliau berkata, solat fardu terhad kepada kepada lima individu membabitkan imam, bilal, siak serta dua ahli jawatankuasa masjid dibenarkan selain laungan azan.

"Solat Jumaat hanya membabitkan 15 individu iaitu imam, bilal, siak dan ahli jawatankuasa masjid manakala kelas pengajian, bacaan Yasin, tahlil, ziarah kubur dan mesyuarat agung pemilihan jawatankuasa kariah juga ditangguhkan," katanya ketika dihubungi pada Rabu.


Tambahnya, bagi pengurusan jenazah pula, ia dihadkan kepada imam dan ahli keluarga terdekat manakala untuk pengebumian pula terhad kepada 10 individu sahaja," katanya.

Terdahulu, kerajaan Persekutuan memutuskan pelaksanaan PKP selama 14 hari di enam negeri berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam Rabu ini hingga 26 Januari ini.

Enam negeri terbabit ialah Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Selain itu, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi tempoh sama akan dikenakan terhadap enam negeri lain iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Dua negeri lagi iaitu Perlis dan Sarawak akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), juga untuk tempoh sama.

SUMBER



SUMBER : penangkini.com



Live Website Traffic


loading...