EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Aktivis 'serang' ibu pejabat BBC

0 month ago, 11-Oct-2019

LONDON: Kira-kira 50 aktivis perubahan iklim Extinction Rebellion menyekat pintu utama ibu pejabat stesen penyiaran BBC di sini dengan mendirikan khemah di hadapannya pada hari ini.

Tindakan kumpulan itu menyebabkan BBC terpaksa menutup bangunannya dan wartawan Paul Lewis memuat naik status di Twitter mengatakan tiada sesiapa boleh keluar masuk dari premis itu.

Video bantahan yang dipaparkan di media sosial menunjukkan beberapa aktivis memanjat bumbung pintu masuk bangunan terbabit dan memasangkan bendera kumpulan itu.

Kami sebagai rakyat mengambil alih pekerjaan anda dari stesen penyiaran BBC untuk memberitahu perkara sebenar mengenai apa yang bakal berlaku sekiranya kita tidak berubah,

Kami mahu anda bertanggungjawab kerana memandang kecil kepentingan #PlanetaryEmergency (Kecemasan Planet), kata Extinction Rebellion dalam kenyataannya di Facebook.

Jurucakap BBC berkata, syarikat berita itu sudah membuat liputan luas mengenai perubahan iklim dan isu persekitaran.

Sejak Isnin lalu, pihak berkuasa sudah menahan lebih 1,000 orang terbabit dalam bantahan perubahan iklim di Britain.


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic


loading...