EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Aktivis didakwa hantar komunikasi jelik hina Muhyiddin

0 month ago, 13-Oct-2021

Seorang aktivis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, terhadap tuduhan membuat hantaran komunikasi jelik dalam laman Facebook yang menghina bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mei lalu.

S. Dayalan didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik terhadap Tan Sri Muhyiddin dengan niat menyakitkan hati orang lain.

Menurut kertas pertuduhan Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira pukul 10.03 malam, 30 Mei lalu melalui aplikasi Facebook menggunakan nama `Dayalan Sreebalan.

Kenyataan jelik itu kemudian dibaca kira-kira pukul 7.15 malam, 2 Jun lalu di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Wangsa Maju di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta yang sama.

Sabit kesalahan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan hendaklah didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Hakim M. M. Edwin Paramjothy membenarkan Dayalan dijamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

19 November ini ditetapkan sebagai tarikh sebutan kes dan serahan dokumen.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Aktivis didakwa hantar komunikasi jelik hina Muhyiddin The Malaya Post.



SUMBER : themalayapost.my



Live Website Traffic


loading...